Berita Harian

4 individu dianugerah gelaran Datuk

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Mejar Cina antara penerima

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniak­an Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu.

DMIJ yang membawa gelaran Datuk dianugerah­kan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Salehuddin Hassan dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu.

Dua penerima lain adalah Mejar Cina, David Wong Khoong Soon serta Ahli Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Avinderjit Singh Harjit Singh.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Johor, majlis pengurniaa­n berkenaan berlangsun­g di Istana Pasir Pelangi sempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-62.

Berangkat sama ke majlis itu adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

David Wong daripada keturunan Wong Ah Fook dilantik sebagai Mejar Cina di atas perkenan Sultan Johor pada September lalu.

Beliau menjalanka­n tugas dan bekerjasam­a dengan YSIJ dalam menyelaras, mengatur dan melaksanak­an pengagihan kurniaan barang keperluan makanan kepada golongan memerlukan di Johor.

Media pada 1 September lalu melaporkan, Sultan Ibrahim berkenan supaya gelaran Mejar Cina yang pernah dikurniaka­n oleh Sultan Abu Bakar dihidupkan semula sebagai kesinambun­gan sejarah Johor moden.

Mengikut maklumat sejarah, Sultan Abu Bakar pernah melantik Kangcu Kangkar Tebrau, Tan Hiok Nee dan Kangcu Kangkar

Skudai, masing-masing sebagai Mejar Cina dan Kapitan Cina serta menjadikan mereka sebagai Ahli Dewan Negeri mewakili masyarakat Cina.

Antara tugas mereka adalah menjadi perantaraa­n bagi menyalurka­n sebarang titah raja kepada rakyat, khususnya masyarakat

Cina dan mendapatka­n maklum balas untuk dijadikan asas perancanga­n serta menentukan mereka tidak dipinggirk­an.

Kangcu adalah perkataan Teochiew bermaksud ketua penempatan Cina, manakala kerajaan Johor menggunaka­n istilah Tuan Sungai.

 ?? (Foto ihsan FB Sultan Johor) ?? Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama Salehuddin selepas pengurniaa­n DMIJ di Istana Pasir Pelangi, semalam.
(Foto ihsan FB Sultan Johor) Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama Salehuddin selepas pengurniaa­n DMIJ di Istana Pasir Pelangi, semalam.
 ??  ?? David Wong Khoong Soon
David Wong Khoong Soon
 ??  ?? Avinderjit Singh Harjit Singh
Avinderjit Singh Harjit Singh
 ??  ?? Dr Aman Rabu
Dr Aman Rabu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia