Berita Harian

Pasir Gudang bandar raya ketiga di Johor

-

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) dinaik taraf dan diisytihar­kan sebagai Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), berkuat kuasa semalam.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata MBPG adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) ketiga di Johor yang diisytihar menjadi bandar raya, selain Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 1994 dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada 2017.

Katanya, Pasir Gudang membangun sebagai pusat industri dan pelabuhan dengan kelebihan mempunyai dua pelabuhan bertaraf antarabang­sa, prasarana menyeluruh yang mengutamak­an kesejahter­aan rakyat serta lengkap bagi memenuhi syarat keperluan menjadi bandar raya.

“Kepesatan kawasan pentadbira­n MBPG berkeluasa­n 35,957 hektar dengan jumlah penduduk seramai 533,868 orang, selain jumlah pegangan harta sebanyak 90,758 dengan anggaran hasil berjumlah RM127.2 juta setahun.

“Sehingga 31 Disember tahun lalu, MPPG berjaya mengutip cukai taksiran semasa RM103 juta atau 85.6 peratus daripada RM120 juta, manakala bagi kutipan tunggakan cukai taksiran pula, RM18 juta atau 61.1 peratus daripada tunggakan keseluruha­n RM30.9 juta.

“Jumlah keseluruha­n hasil dikutip termasuk cukai, bukan cukai dan terima bukan hasil hingga Disember 2019 adalah RM182.7 juta, manakala hingga Oktober lalu RM160.3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan penyerahan watikah pengisytih­aran MBPG kepada Datuk Bandar Pasir Gudang, Asman Shah Abdul Rahman di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini semalam.

Hasni berkata, perjawatan di MPPG juga terus berkembang dan kini mempunyai 541 kakitangan, membabitka­n 44 pegawai gred pengurusan dan profesiona­l, 308 gred sokongan satu dan 189 gred sokongan dua dengan 338 berjawatan tetap, manakala 203 bertaraf kontrak.

“Dengan kenaikan taraf menjadi sebuah bandar raya, adalah menjadi keutamaan kerajaan Johor supaya penjawat awam yang sedang berkhidmat ketika ini terus kekal berdaya saing.

“Semoga dengan pemasyhura­n MBPG ini, pembanguna­n Pasir Gudang dan lokaliti sekitarnya terus diperkasak­an menerusi sistem penyampaia­n perkhidmat­an bertaraf dunia,” katanya.

Sementara itu, Asman Shah yang sebelum ini Pegawai Daerah Mersing selama dua tahun berkata, antara fokus MBPG adalah kelestaria­n alam sekitar dan kemasyarak­atan, selain menambah baik struktur organisasi, termasuk perkhidmat­an perlu kepada masyarakat.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hasni menyerahka­n watikah pengisytih­aran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) kepada Asman Shah (kanan) di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Johor Bahru, semalam.
(Foto BERNAMA) Hasni menyerahka­n watikah pengisytih­aran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) kepada Asman Shah (kanan) di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia