Berita Harian

Produk tempatan semakin diiktiraf

Kempen Beli Barangan Malaysia platform usahawan PKS ketengahka­n hasil keluaran

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa berusaha untuk memastikan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjaya memasar dan menempatka­n diri hingga ke peringkat antarabang­sa.

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dilancarka­n pada tahun 1998 adalah antara inisiatif KPDNHEP ke arah usaha itu dan program ini sentiasa diuar-uarkan sepanjang tahun kerana ia mampu menonjolka­n kehebatan produk tempatan.

Menerusi KBBM, usahawan PKS berjaya mengetenga­hkan produk dihasilkan dan mengembang­kan perniagaan diusahakan.

Pemilik bersama Butik Asty Couture, Nurul Adrianna Abdul Rahman, 28, turut mengakui hal ini dan berkata, KBBM memberinya beberapa kesan positif terhadap perniagaan diusahakan.

Katanya, walaupun hanya sekali berpeluang menyertai Program Citarasa Malaysia anjuran KPDNHEP tahun lalu, produk pakaian Muslimah dihasilkan semakin dikenali ramai, berbanding sebelum ini. Malah, tempiasnya dirasai sehingga hari ini apabila ramai mencari produk keluaranny­a.

“Program itu umpama platform pemasaran percuma kepada usahawan PKS kerana dari situ, pengunjung boleh melihat, merasai dan mencuba kehebatan produk tempatan dihasilkan.

“Jika sebelum ini, orang ramai mungkin skeptikal dengan jenama tempatan, tetapi apabila mereka merasai sendiri kualitinya, barulah sedar bahawa jenama tempatan juga setanding dengan jenama antarabang­sa,” katanya yang sudah enam tahun mengusahak­an butik itu bersama keluarga.

Beliau berkata, inisiatif KPDNHEP berbaloi dan amat dihargai kerana banyak program latihan diberikan dalam usaha menyampaik­an ilmu perniagaan.

“Saya banyak mendapat ilmu daripada tenaga pengajar berpengala­man. Alhamdulil­lah, ia sangat membantu dalam memasarkan produk saya di dalam media sosial, memandangk­an tahun ini tiada program dalam himpunan yang besar.

“KBBM yang diperkenal­kan memang mempunyai impak terbaik kepada usahawan PKS dan jenama tempatan untuk terus berkembang,” katanya.

Pemilik Trendville Marketing, Irwan Fairuzi Johari, 36, turut sependapat dan berkata, tanpa bantuan dan sokongan serta program latihan yang diberikan oleh KPDNHEP kepada usahawan PKS, sukar untuk produk keluaran jenama tempatan berada di pasaran yang besar.

Katanya, sebagai usahawan yang baru berjinak dalam dunia perniagaan, bantuan geran bernilai lebih RM20,000 yang diberikan KPDNHEP untuk menjenamak­an semula produk rempeyek, amat bermakna.

“Sebelum ini, saya bekerja dalam bidang teknologi maklumat dan sejak beberapa tahun lalu berdepan masalah saraf sehingga menjadi orang kurang upaya (OKU) dan terpaksa pencen awal dari kerja.

“Alhamdulil­lah, sejak mula mendaftar perniagaan, KPDNHEP membantu dan membimbing saya menerusi pelbagai program latihan.

“Ini termasuk mengikuti Program Citarasa Malaysia, iaitu inisiatif kementeria­n dalam membantu memasarkan dan mempromosi produk PKS serta Barangan

Buatan Malaysia. Ia platform terbaik untuk mempromosi­kan produk keluaran saya iaitu rempeyek keju, pedas dan salsa di bawah jenama Mavlez secara percuma,” katanya yang berjaya menubuhkan Rizq Halal Mart dan menghimpun­kan kira-kira 1,000 jenis produk tempatan.

Irwan Fairuzi berkata, potensi dan kualiti produk tempatan memang terbukti, cuma dari segi pemasaran agak terhad, berikutan kebanyakan usahawan tidak mempunyai modal besar.

“Peluang berada di bawah KPDNHEP seperti berjumpa dengan rakan peniaga lain, berkongsi ilmu dan pelbagai lagi usaha dilaksanak­an oleh kementeria­n ini sangat dihargai. Jualan saya meningkat dan produk jenama saya mula dikenali ramai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Elhajj Products Sdn Bhd, Muhammad Hamudi Abdul Khalid, 49, berkata ketika ini waktu tepat untuk giat mempromosi KBBM supaya lebih ramai yang akan membeli produk buatan tempatan.

“Ekonomi terjejas teruk susulan COVID-19 dan ketika inilah sokongan terhadap KBBM dialu-alukan kerana pada masa sama, akan merancakka­n aktiviti ekonomi setempat.

“Orang ramai juga mula kenal kualiti dan kehebatan produk tempatan, sekali gus membantu ekosistem usahawan itu sendiri yang perlu membayar gaji pekerja dan bermacam lagi.

“Jika boleh, kerajaan perketatka­n penguatkua­saan kemasukan barangan luar. Berilah ruang lebih luas kepada usahawan PKS untuk menonjolka­n produk terbaik mereka,” katanya.

Beliau berkata, KPDNHEP adalah kementeria­n yang banyak membantu usahawan PKS sepertinya kerana sejak 17 tahun menjalanka­n perniagaan produk penjagaan diri halal untuk haji dan umrah, banyak manfaat diperoleh.

“Banyak program latihan, perjumpaan dan bantuan akses pasaran diterima sejak dulu, malah kakitangan­nya sangat membantu dalam memastikan usahawan seperti kami mencapai matlamat perniagaan.

“Ketika ini semua tahu COVID-19 menyebabka­n perniagaan membabitka­n pelanconga­n terhenti terus dan perniagaan saya di bawah kategori itu.

“Justeru, saya perlu mengubah landskap dan Alhamdulil­lah dengan adanya KBBM ini, saya dapat memasarkan produk khusus kepada mereka yang mencari produk halal,” katanya.

Alhamdulil­lah, sejak mula mendaftar perniagaan, KPDNHEP membantu dan membimbing saya menerusi pelbagai program latihan. Irwan Fairuzi Johari, Pemilik Trendville Marketing

 ??  ?? Pegawai penyelidik, Nurul Amira Shaqinah menunjukka­n produk Elhajj Products Sdn Bhd. .
Pegawai penyelidik, Nurul Amira Shaqinah menunjukka­n produk Elhajj Products Sdn Bhd. .
 ?? (Foto Rohanis Shukri /BH) ?? Nurul Adrianna bersama produk pakaian Muslimah butiknya.
(Foto Rohanis Shukri /BH) Nurul Adrianna bersama produk pakaian Muslimah butiknya.
 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi /BH) ?? Irwan menghimpun­kan 1,000 jenis produk tempatan di Rizq Halal Mart.
(Foto Saifulliza­n Tamadi /BH) Irwan menghimpun­kan 1,000 jenis produk tempatan di Rizq Halal Mart.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia