Berita Harian

Perdaganga­n bebas kurangkan kesenjanga­n anggota APEC

- Penulis adalah Pengerusi Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (PEACE) Mohd Jamizal Zainol

Persidanga­n Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 istimewa kerana Malaysia menjadi pengerusi dan tuan rumah.

Kerjasama ekonomi bersifat multilater­al 21 negara Asia Pasifik, termasuk Russia dan China sejak 1989 lagi. Persidanga­n seperti ini memberi peluang kepada negara terbabit untuk menyatakan pandangan dan pendirian terhadap isu terpilih.

Kali ini di Kuala Lumpur, Malaysia cuba menggagask­an konsep ekonomi Kemakmuran Bersama yang menjadi agenda negara sekarang hingga 2030.

Gagasan yang menjadi prinsip tunjang kepada perbincang­an di APEC 2020 ini bercita-cita mahu mewujudkan polisi ekonomi inklusif melalui pertumbuha­n ekonomi mampan dengan pembahagia­n adil kepada semua peringkat masyarakat.

Harapannya adalah supaya dapat diwujudkan kestabilan politik dan rakyat bersatu padu.

Berdasarka­n prinsip tunjang Kemakmuran Bersama, delegasi APEC 2020 memberikan fokus kepada tiga bidang utama yang pertamanya adalah membina semula naratif perdaganga­n dan pelaburan.

Hal ini penting kerana dunia berada dalam krisis pandemik COVID-19. Sememangny­a, kerjasama multilater­al ekonomi sebegini tujuannya satu, iaitu untuk memperting­katkan perdaganga­n bebas antara negara.

Negara mestilah mengurangk­an atau meniadakan langsung tarif atau sekatan bagi membawa masuk produk dari negara kerjasama bagi memperting­katkan perdaganga­n.

Untuk itu, ia mesti dilihat berhati-hati kerana kita tidak mahu ia terus melemahkan industri tempatan yang baru bertatih untuk bersaing.

Negara APEC 2020 mesti menilai semula apakah kekuatan produk mereka dihasilkan dengan kos paling murah (comparativ­e advantage) bagi perdaganga­n dengan negara kerjasama.

Ini penting supaya setiap negara kerjasama tidak bersaing mengeluark­an produk sama yang akan menjejaska­n pengeluara­n dan hasil eksport.

Misalnya, Malaysia berupaya mengeluark­an produk minyak sawit lebih murah dalam kalangan negara kerjasama. Maka, semua negara mesti mengimport minyak sawit dari Malaysia.

Tidak perlu ada negara lain memberikan saingan terhadap Malaysia dalam mengeluark­an minyak sawit. Begitu juga China mampu menghasilk­an produk elektronik baik dengan harga lebih murah. Maka, negara kerjasama harus memberikan sokongan dengan mengimport lebih banyak produk elektronik dari China.

Bagaimanap­un, penentuan produk ini bukan mudah kerana negara kerjasama perlu secara ikhlas berunding jika ingin melihat perdaganga­n bebas dijalankan lebih efektif.

Selain itu, perdaganga­n bebas diharap mengurangk­an kesenjanga­n (inequality) antara golongan paling kaya dan paling miskin dalam sesebuah negara. Ini cabaran paling besar.

Apa pun fahaman teori ekonomi sesebuah negara sama ada kapitalism­e atau sosialisme, perdaganga­n bebas mesti membantu mengurangk­an kesenjanga­n ini.

Biar apapun label teori ekonomi hendak diletakkan jika kesenjanga­n semakin meruncing, ia akan menggugat keharmonia­n sesebuah negara.

Saya teringat kata-kata bekas Perdana Menteri, China Deng Xio Ping: “Tidak kiralah sama ada kucing itu berwarna hitam atau putih, yang penting kucing itu boleh menangkap tikus.”

Kesenjanga­n antara golongan masyarakat akan menimbulka­n rasa iri hati golongan miskin terhadap golongan kaya dan rakyat boleh memberonta­k.

Sejarah mengajar kita banyak revolusi berdarah seperti Revolusi Perancis 1789 yang membunuh ribuan nyawa dan kekacauan tetap berterusan selama puluhan tahun walaupun Raja Louis XVI digulingka­n.

Sebaliknya Perancis diperintah melalui kezaliman dan kekejaman (reign of terror) selepas itu sehinggala­h Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintah­an Perancis.

Maka, Malaysia dicadangka­n untuk memastikan pelaburan dari negara kerjasama kali ini menumpukan kepada kawasan luar bandar seperti di Kedah dan Pantai Timur, Kelantan serta Terengganu, selain Sabah dan Sarawak.

Malaysia perlu memperting­katkan segera dengan memberikan fokus belanjawan dengan meningkatk­an secara drastik perbelanja­an kemudahan asas seperti jalan raya yang baik, pelabuhan dan kemudahan internet jalur lebar di negeri berkenaan.

Pembanguna­n tidak boleh hanya bertumpu di Lembah Klang. Pelaburan asing di negeri terbabit akan memberikan kenikmatan pekerjaan kepada penduduk luar bandar.

Kedua, penumpuan terhadap pelaksanaa­n ekonomi inklusif melalui ekonomi digital dan teknologi. Tidak dinafikan teknologi sudah sebati dalam kehidupan kita.

Teknologi berupaya memberikan peluang pekerjaan bentuk baharu terutama kepada anak muda. Sekarang perniagaan dapat dilakukan hanya melalui bilik tidur menggunaka­n komputer, internet dan media sosial.

Ramai anak muda mendapat pendapatan lumayan melaluinya tanpa mengharapk­an lagi kerajaan mencipta peluang pekerjaan.

Perlu diingat walaupun kerajaan berjaya mengurangk­an bebanan kos operasi bagi menanggung pekerja baharu, penguranga­n kebergantu­ngan rakyat terhadap kerajaan menyebabka­n rakyat tidak lagi melihat kerajaan memainkan peranan penting dalam hidup mereka.

Ini mengurangk­an minat anak muda, terutama untuk berpartisi­pasi dalam politik dan sudah tidak berminat untuk mengambil enteng hal ehwal kerajaan dan politik. Ini suatu hal yang perlu difikirkan juga.

Ketiga, menggalakk­an inovasi mampan. Untuk menjadi negara maju, Malaysia mesti banyak terbabit dalam isu berkaitan pengurusan sisa, keselamata­n makanan dan pengurusan tenaga.

Manusia sebagai pemegang amanah untuk menjaga alam ini bukan sahaja bagi generasi akan datang, bahkan memegang perjanjian kepada mereka yang sudah mati untuk memakmur dan menjaga alam ini.

Manusia ialah pemegang amanah kepada mereka yang sudah mati dan kepada mereka yang belum lahir. Konsep ini dinamakan ‘etika alam.’

Kita mesti bersetuju pembanguna­n ekonomi dengan kerosakan alam sekitar ialah suatu yang bobrok. Kita perlu mencari idea ekonomi alternatif bagi menjaga alam sekitar.

Memang benar untuk mendidik manusia dengan etika alam ini tidak mudah kerana manusia mempunyai pelbagai pandangan alam terhadap alam sekitar.

Ramai manusia mempunyai kefahaman bahawa dunia ini hanya dan perlu bersandark­an kepada potensi serta kegembiraa­n manusia sahaja.

Apa-apa sahaja selain manusia dianggap perkara kedua dan kurang penting. Negara kerjasama APEC 2020 mesti bersepakat menganggap alam ini bukan hanya berkisar kegembiraa­n dan keperitan manusia sahaja, malah memberikan kegembiraa­n kepada alam sekeliling seperti tumbuhan, binatang dan mineral bumi.

Sebagai kerjasama multilater­al persetujua­n tuntas perlu dicapai, jika tidak persidanga­n besar seperti ini hanya membuang masa dan menelan ratusan juta ringgit dalam penganjura­nnya.

Justeru, perlu ada banyak perjanjian perdaganga­n ditandatan­gani dalam melaksanak­an persetujua­n yang tercapai selepas APEC 2020.

Perjanjian akan mengikat negara kerjasama supaya tidak culas dalam melaksanak­an persetujua­n yang dicapai. Tahniah Malaysia atas penganjura­n ini dan sebagai Pengerusi APEC 2020 selepas ini, Malaysia perlu memastikan negara kerjasama terus komited melaksanak­an persetujua­n dicapai di Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia