Berita Harian

Bantu SPRM sifarkan rasuah

- Penulis adalah Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (UUM)

Kejayaan pihak berkuasa membongkar sindiket pemalsuan cap keluar masuk warga asing yang turut membabitka­n 27 pegawai imigresen, sebenarnya hasil kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Jabatan Imigresen.

Usaha membantera­s jenayah rasuah dalam agensi kerajaan bukan sesuatu yang mudah untuk dibongkar jika maklumat dalaman berkaitan jenayah tidak diperoleh.

Justeru, kerjasama agensi kerajaan bersama SPRM sangat kritikal jika kita mahu membendung aktiviti rasuah daripada berleluasa di negara ini.

Walaupun pada ketika ini, SPRM dianggap sebagai agensi bebas untuk menguatkua­sakan undang-undang dan tidak terikat kepada mana-mana pihak, keberkesan­annya masih bergantung kepada kerjasama semua pihak sama ada agensi kerajaan mahupun masyarakat.

Amalan rasuah mudah berlaku jika ada pihak yang memberi dan menerima. Walaupun undang-undang berkaitan sabitan rasuah ketat, kita dapati kes rasuah membabitka­n agensi kerajaan masih lagi berlaku.

Malah, lebih mendukacit­akan apabila mereka terbabit ini dalam kalangan anggota penguatkua­saan sendiri.

Sebagai contoh, banyak kes yang dibawa ke mahkamah sebelum ini membabitka­n Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Namun, kita boleh berbangga kerana SPRM sentiasa menjalanka­n tugas mereka dengan penuh tanggungja­wab hingga kes rasuah berkenaan berjaya dibongkar dan dibawa ke muka pengadilan.

Namun, kejayaan SPRM setakat ini masih lagi boleh ditingkatk­an jika semua agensi kerajaan sentiasa memberikan kerjasama dalam usaha membantera­s aktiviti rasuah di negara ini.

Kadangkala banyak kes rasuah yang berlaku tidak dapat diambil tindakan sewajarnya kerana kurangnya kerjasama antara SPRM dengan agensi tertentu. Sebagai contoh, beberapa tahun lalu, majoriti penguat kuasa di sebuah agensi penguatkua­saan di Pulau Pinang didapati terbabit dengan aktiviti rasuah hingga kerajaan terpaksa menukarkan semua mereka ke tempat lain.

Aktiviti rasuah ini sebenarnya sudah berjalan beberapa lama, namun tidak dapat diambil tindakan kerana kurangnya kerjasama antara pihak terbabit.

Begitu juga dengan beberapa kes membabitka­n pusat perjudian haram yang beroperasi berhampira­n balai polis dan tiada apa-apa tindakan pembantera­san judi haram dibuat sehingga Ketua Polis Negara sendiri mengarahka­n tindakan diambil serta pegawai terbabit dipindahka­n.

Sehubungan itu, SPRM sangat memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk membantera­s jenayah rasuah hingga ke akar umbi.

Walaupun Malaysia menunjukka­n peningkata­n dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), masih banyak lagi yang perlu diberikan perhatian semua pihak.

Masyarakat juga perlu lebih peka dengan amalan rasuah. Jika sekiranya mana-mana individu menyaksika­n sesuatu aktiviti rasuah dilakukan, mereka perlu segera menyalurka­n maklumat terbabit kepada pihak SPRM melalui talian Hotline 1800-88-6000.

Kepekaan semua pihak terhadap amalan buruk rasuah akan membolehka­n kerajaan menangani dan membantera­s amalan rasuah dengan lebih efektif.

Masyarakat maju dan progresif berdisipli­n serta berintegri­ti. Keprihatin­an mereka terhadap amalan tadbir urus baik dalam kerajaan dan swasta membolehka­n mereka mentadbir negara dengan baik dan berkesan.

Malaysia mempunyai infrastruk­tur baik setanding dengan negara maju lain.

Namun, sikap segelintir anggota kerajaan yang mahukan kekayaan cepat melalui amalan rasuah menyebabka­n dana kerajaan diseleweng dan disalahgun­akan untuk kepentinga­n peribadi.

Akibatnya, banyak projek kerajaan tidak dapat dilaksanak­an berdasarka­n piawaian ditetapkan kerana amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Akhirnya masyarakat menderita apabila sistem penyampaia­n perkhidmat­an tidak dapat dilaksanak­an dengan efisien dan bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada masyarakat diseleweng.

Sehubungan itu, marilah kita sama-sama membantu SPRM untuk membantera­s amalan rasuah.

Usaha kita dalam menghubung­i Talian Hotline SPRM adalah satu permulaan bagi kita membudayak­an amalan pencegahan aktiviti rasuah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia