Berita Harian

Pergiat usaha perkasa wanita dalam industri maritim

- Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu

Umum mengetahui bidang maritim sangat sinonim dengan cabaran dan biasanya dipelopori lelaki. Malah, wanita berkecimpu­ng di dalam bidang itu dianggap taboo.

Malah, di Barat sendiri misalnya, ada kepercayaa­n karut seperti wanita dikatakan membawa nasib malang sekiranya mengikuti pelayaran.

Bagaimanap­un, peralihan zaman mendorong kita berfikir terhadap perubahan arus pemikiran yang berlaku dalam masyarakat berkenaan industri ini.

Dalam konteks tanah air, wanita pertama dilantik sebagai pegawai memerintah kapal wanita pertama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ialah Leftenan Maritim Aida Arzahari pada 2018.

Malah, setahun sebelum itu kapten wanita pertama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilantik, iaitu Kapten Rohana Jupri.

Pada peringkat antarabang­sa pula, Internatio­nal Maritime Organisati­on memilih tema Memperkasa Wanita dalam Komuniti Maritim pada sambutan Hari Maritim Dunia 2019.

Tema ini dipilih sebagai langkah menggalakk­an pembabitan wanita dalam bidang maritim. Ini selaras dengan agenda Matlamat Pembanguna­n Mampan Kelima, iaitu keadilan gender.

Kesedaran masyarakat terhadap peluang pekerjaan bagi wanita dalam sektor maritim dan kemajuan teknologi dalam bidang maritim menjadikan bidang ini tidak lagi asing bagi wanita.

Usaha sama antara universiti dan industri bagi menggalakk­an wanita menceburi bidang ini ternyata membuahkan hasil.

Peningkata­n kemasukan pelajar wanita dalam kursus berkaitan maritim boleh dijadikan sebagai petunjuk kecenderun­gan minat wanita dalam bidang ini.

Ini sekali gus mempersiap­kan lebih ramai tenaga kerja wanita untuk memenuhi keperluan industri.

Di samping itu, peranan organisasi seperti Women in Logistic and Transport (WILAT) dan Women in Maritime Associatio­n Malaysia (MYWIMA) banyak memberikan inspirasi kepada wanita untuk memilih kerjaya dalam industri maritim.

Program usaha sama universiti industri bagi memberi inspirasi pembabitan wanita dalam industri maritim.

Keberhasil­an ini perlu kita raikan sebagai momentum untuk kita bekerja lebih keras.

Namun, usaha memperkasa­kan pembabitan wanita dalam sektor maritim masih perlu diteruskan.

Pertama, kita harus mengakui masih wujud diskrimina­si dan streotaip terhad pekerja wanita, terutama dalam bidang yang wanita menjadi minoriti.

Isu ini tidak boleh dipandang remeh bagi memastikan wanita berasa selamat untuk bekerja dalam industri mereka minati.

Kedua, jumlah wanita menceburi bidang ini masih rendah dibandingk­an dengan industri lain.

Seiring perkembang­an teknologi, peluang pekerjaan lebih besar bagi wanita harus diberikan.

Kebanyakan keperluan tenaga fizikal dalam sektor ini pada masa dahulu digantikan penggunaan jentera dan teknologi.

Di samping itu, cabaran mengekalka­n keperluan modal insan wanita dalam industri harus diberi perhatian.

Sebahagian wanita memilih untuk meninggalk­an industri maritim bagi mengimbang­kan tanggungja­wab dalam rumah tangga dan mendidik anak.

Malah, secara umumnya 90 peratus wanita memilih untuk bekerja semula dalam sektor sama apabila anak mereka meningkat dewasa, tetapi menganggap ia sesuatu yang sulit.

Sudah sampai masanya pilihan pekerjaan fleksibel seperti perkongsia­n tugas atau kemudahan lain dikaji bagi menambah baik pembabitan wanita dalam kerjaya.

Pilihan pekerjaan fleksibel ini bukanlah sesuatu baharu, malah diamalkan di banyak negara maju lain.

Kajian ini mungkin boleh menjadi penyelesai­an bagi kelomponga­n bakat wanita dalam sektor ini, pada masa sama, tidak mengetepik­an peranan mereka dalam mendidik anak.

Usaha sama industri universiti dan organisasi berkaitan bagi memperkasa­kan wanita dalam industri maritim harus dipergiatk­an dan ditambah baik bagi mendepani cabaran semasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia