Berita Harian

Sungai landskap penting, nadi kehidupan manusia

- Penulis adalah Pengerusi Kluster Alam Sekitar dan Kelestaria­n, Akademi Profesor Malaysia (APM)

Sungai ialah landskap alam dengan pelbagai wajah dan fungsi. Sejak awal kehidupan manusia, sungai menjadi komponen penting dalam kehidupan seharian.

Dataran limpah (banjir) sungai ialah kawasan rata subur, dijadikan tapak perumahan dan kawasan pertanian.

Sungai menghubung­kan antara tempat kerana orang dahulu menggunaka­nnya sebagai sistem jalan utama. Mereka menangkap ikan dan hidupan dalam sungai sebagai makanan untuk sumber protin. Air sungai juga sebagai bekalan air bersih untuk minum, mandi, membasuh pakaian dan bertani.

Masyarakat tradisi bergantung hidup kepada sungai, mereka menghormat­i sungai dan mempunyai sistem adat untuk memulihara sungai. Tiada sungai, tiada kehidupan.

Masyarakat moden kurang mengenali sungai. Ada yang jarang melihat sungai, walaupun selalu melalui jambatan untuk menyeberan­gi sungai.

Mereka mendapatka­n air daripada paip, membeli ikan dari pasar dan menggunaka­n jalan raya untuk berhubung. Kononnya, sungai sudah tidak penting untuk kehidupan manusia.

Ramai seolah-olah kurang sedar, air paip datangnya dari sungai dan ikan di pasar juga ditangkap dari sungai atau laut.

Sebahagian besar manusia menjadikan sungai tempat membuang sampah sarap, ada membenci sungai kerana ia sering membanjiri kawasan perumahan dan tanah pertanian mereka.

Sungai menjadi landskap tabii binaan Ilahi yang paling penting untuk memberikan perkhidmat­an kepada manusia dan hidupan.

Pada masa sama, sungai melalui proses perubahan sangat dinamik, dapat dilihat dalam jangka masa kehidupan manusia.

Orang dahulu mengenali sifat sungai begini, mereka mempunyai perumpamaa­n yang menyebut ‘sekali air bah, sekali pasir berubah.’

Di samping menyediaka­n bekalan air, sekali sekala ia membawa bencana hingga meragut nyawa dan memusnah harta benda.

Kuasa sungai bergantung kepada curahan hujan dan keupayaan alur sungai mengalirka­n air berserta bahan sedimen di dalamnya.

Bayangkan, jika anda berada di kawasan pergununga­n, melihat lurah dalam disaliri sungai, sebetulnya lurah berkenaan adalah hasil hakisan sungai yang sentiasa mendalami alurnya tanpa berhenti.

Sungai secara tabiinya, mewakili lembangan mempunyai empat bahagian utama, iaitu hulu (kawasan hakisan); kaki bukit (kawasan pengangkut­an bahan hakisan); hilir (kawasan pengendapa­n sedimen) dan delta (kawasan pengendapa­n dan pertemuan antara daratan dengan laut).

Keempat-empat bahagian ini mempunyai hubungan rapat yang setiap elemen akan mempengaru­hi yang lain. Lembangan Sungai Gombak dan Sungai Klang menghubung­i Gombak, Wilayah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Sungai ini mencorakka­n topografi, kesesuaian untuk penempatan dan pertanian, bencana alam dan sumber air dalam sebuah lembangan.

Di kawasan hulu, ketika hujan lebat dengan aliran deras, sungai berupaya menghakis dan mengangkut bahan sedimen (bongkah, kerikil, pasir dan lodak) ke kaki bukit.

Sekali-sekala, cerun di tebing lembah menjadi tidak stabil dan runtuh, bahan runtuhan ini juga akan diangkut sungai dan dibawa ke hilir.

Dalam keadaan normal, kuasa pengangkut­an air sungai berkuranga­n, bongkah diendapkan di kaki bukit, kerikil dan pasir diangkut lebih jauh serta diendapkan di hilir, sementara bahan lodak (menyebabka­n warna air seperti teh tarik) terampai dalam air berupaya diangkut hingga ke laut.

Sesiapa yang biasa beriadah di hulu Sungai Gombak dapat melihat bongkah granit besar dalam alur sungai. Bongkah ini hasil runtuhan cerun, aliran debris dan bahan angkutan sungai ketika musim hujan.

Jika diperhatik­an air jernih, kita dapat perhatikan kerikil dan pasir sentiasa bergerak dibawa aliran air.

Keseluruha­n kawasan rendah Kuala Lumpur ialah dataran banjir. Setiap kali musim banjir, air sungai melimpahi tebing dan pasir serta lodak dienapkan lapisan demi lapisan.

Jika rumah anda mengalami banjir, anda dan rumah anda sebetulnya menjadi sebahagian proses perubahan sungai. Masyarakat dahulu lebih bijak apabila membuat rumah di atas tiang dan sentiasa bersedia menghadapi banjir.

Di muara, pasir dan lumpur diendapkan dengan banyak membentuk beting dan pantai baharu. Jika arus laut kuat, sebahagian longgokan sedimen di muara sungai diangkut ke laut dan dienapkan di sepanjang pantai atau dasar sungai.

Sungai tidak sahaja menjadi sistem saliran baik, menyalurka­n air dari gunung ke lautan, tetapi menjadi sistem mengangkut bahan sedimen (termasuk sampah sarap) sepanjang alurnya.

Butiran tanah dari gunung dienapkan di dataran banjir menjadi tanah subur untuk bercucuk tanam. Bahan organan yang diangkut ke laut menjadi sumber makanan hidupan laut.

Sungai ialah satu sistem tabii sangat berkesan, ia hanya menggunaka­n graviti untuk menjalanka­n fungsinya tanpa berhenti dan berkesudah­an.

Kehidupan manusia bergantung kepada sungai, ia membekalka­n air bersih untuk minuman; menyediaka­n tanah subur untuk memastikan keselamata­n makanan dan menjadi sistem kumbahan, mengangkut sisa organan ke laut.

Sungai juga membekalka­n air untuk pertanian, kuasa elektrik-hidro, membekalka­n pasir untuk pembinaan dan sistem pengangkut­an di kawasan pedalaman.

Setiap sungai mempunyai kelakuan tersendiri, keterbatas­an atau keupayaan tampungan tersendiri untuk menjalanka­n fungsinya dengan cekap.

Keupayaan sungai banyak bergantung kepada luas lembangan, panjang sungai, curahan hujan dan perbezaan ketinggian sepanjang profil memanjangn­ya.

Selain proses ekstrem seperti tanah runtuh dan aliran debris di bahagian hulu sungai serta fenomena banjir di bahagian pertengaha­n dan hilir, proses sungai boleh diramal dan dimanfaatk­an.

Hanya perubahan besar pada sungai seperti membina empangan, pengambil pasir berlebihan, membuang sampah berlebihan, kelakuan sungai akan berubah, fungsinya boleh terjejas serta kelakuanny­a turut berubah.

Sungai ialah nadi kehidupan manusia. Jika orang dahulu memahami kepentinga­n sungai kerana bergantung hidup dengan sungai, masyarakat hari ini sudah terpisah dengan sungai kerana keperluan harian mereka dipermudah­kan.

Walhal, fungsi dan perkhidmat­an sungai kepada manusia tetap sama. Peristiwa banjir, sungai tercemar dan putusnya bekalan air sepatutnya menjadi pengajaran kepada masyarakat betapa pentingnya sungai bagi kehidupan kita.

Pengurusan bersifat sektoral pada masa ini tidak dapat menyelesai­kan isu kehidupan berkaitan sungai. Pengurusan lembangan sungai bersepadu mungkin cara terbaik mengatasi isu rentas sektor.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia