Berita Harian

Perbuatan khianat dalam kerajaan dikesali

- Zainal Abiddin Osman, Pesara pegawai kanan kerajaan

Pembongkar­an aktiviti haram sindiket yang menjalanka­n pemalsuan cop keluar masuk warga asing di pintu masuk sempadan negara oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dilaporkan media pada minggu lalu, amat mengejutka­n.

Lebih berbahaya, tindakan tidak bertanggun­gjawab sindiket yang dianggotai 46 individu, termasuk 27 pegawai jabatan imigresen boleh mengancam keselamata­n negara.

Disebabkan perkhidmat­an sindiket ini berfokus kepada pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang inginkan kemudahan keluar masuk negara melalui ejen dengan menggunaka­n jalan ‘pintu belakang’, tiada kawalan dapat dibuat dari segi kesahihan dokumen diri mereka.

Hal ini, menyebabka­n tiada rekod rasmi butir peribadi dan latar belakang pekerjaan serta rekod keluar masuk dicatatkan. Hakikatnya, tindakan sindiket ini adalah sabotaj yang amat membahayak­an keselamata­n negara.

Apa-apa sahaja boleh berlaku jika orang asing, khususnya PATI bebas keluar masuk tanpa melalui proses pengesahan dokumen diri oleh pihak Imigresen. Mereka mungkin melakukan jenayah dan pulang ke negara asal mereka tanpa dapat dikesan. Mereka juga mungkin penyebar COVID-19, tetapi ujian saringan kesihatan tidak dapat dibuat kerana mereka bebas bergerak seperti orang biasa.

Lebih mengecewak­an lagi apabila Operasi Benteng yang dijalankan pihak berkuasa keselamata­n di seluruh negara selama ini berjaya menyekat kemasukan PATI akan menjadi sia-sia kerana berlaku kebolosan di pintu sempadan negara, termasuk di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur dan klia2.

Mungkin kita masih ingat kejadian pada September tahun lalu, iaitu pegawai Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) terbabit membantu sindiket membuat dan memalsukan kad pengenalan serta sijil kelahiran untuk warga China. Sindiket itu mengaut keuntungan mudah dengan penjualan Mykad dan dokumen pengenalan diri.

Kita juga tidak lupa pada Jun lalu, pembongkar­an sindiket penyeludup­an pendatang asing di pesisiran pantai tenggara Johor yang berpangkal­an di Batam yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dikatakan beroperasi sejak 2015. Aktiviti haram mereka mendapat kerjasama daripada beberapa anggota polis dan pegawai tentera.

Pendek kata, sindiket yang terbabit dalam pemalsuan dokumen diri dan penyeludup­an orang berjaya menjalanka­n operasi mereka dan mengaut keuntungan lumayan adalah kerana mendapat kerjasama daripada segelintir penjawat awam yang tidak amanah dan boleh disogok dengan wang ringgit.

Tindakan sabotaj atau pengkhiana­tan terhadap usaha kerajaan dalam meningkatk­an tahap keselamata­n negara oleh pegawai kerajaan amat dikesalkan. Memberikan laluan mudah kepada mana-mana anggota sindiket menjalanka­n modus operandi haram perlu dihentikan serta-merta.

 ??  ?? Ops Benteng oleh anggota keselamata­n memastikan tiada aktiviti keluar masuk warga asing di sempadan Malaysia-thailand.
Ops Benteng oleh anggota keselamata­n memastikan tiada aktiviti keluar masuk warga asing di sempadan Malaysia-thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia