Berita Harian

Ubah suai projek perisian IT ikut keadaan pandemik

- Mazidah Mat Rejab, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

Gelombang ketiga serangan pandemik COVID-19 banyak memberi kesan kepada setiap sektor di negara ini dan dunia. Projek perisian teknologi maklumat (IT) juga menghadapi cabaran baharu ini, bukan sahaja projek itu sendiri, bahkan keadaan sekeliling­nya.

Ada beberapa perkara perlu diubah suai mengikut keadaan pandemik sekarang contohnya sumber sedia ada yang perlu dikaji semula. Begitu juga pasukan projek IT juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan paling penting, pengurus projek yang menjadi tunggak utama kejayaanny­a.

Bagi mengurangk­an risiko kegagalan kepada projek IT ketika pandemik ini, ada beberapa cara yang perlu diambil pengurus IT projek dalam menghadapi cabaran COVID-19 dalam menguruska­n pembanguna­n projek perisian.

Pengurus projek IT perlu mengambil tindakan serius dalam menjaga pembanguna­n projek mengikut jadual dengan cekap. Ada beberapa keadaan boleh menyebabka­n projek IT berubah yang memerlukan pengurus mengawal perubahan berlaku dan menyesuaik­an dengan keputusan agar tidak membabitka­n penambahan kos dan masa.

Dalam fasa perancanga­n projek, pasukan akan menyiapkan penilaian risiko untuk menilai kembali kebarangka­lian dan kesan risiko bakal dihadapi.

Pelan tindak balas dibina berdasarka­n kebarangka­lian dan risiko matriks. Ada beberapa sumber untuk melengkapk­an penilaian risiko termasuk takrif potensi risiko, kemungkina­n dan kebarangka­lian risiko dalam projek IT serta kesan kepada risiko projek.

Selain itu, risiko jadual projek biasa berlaku kepada syarikat tempias daripada pandemik COVID-19. Antara perlu dihadapi, kewujudan ahli pasukan tidak dapat memberikan komitmen kerana kesihatan yang boleh memberikan impak besar kepada pembanguna­n projek IT.

Pembanguna­n projek IT juga, boleh dihentikan sementara kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyebabka­n impak kepada perjalanan pembanguna­nnya.

Jadi untuk menangani isu ini, pengurus projek IT perlu mengkaji semula jadual tugasan, aktiviti perlu digabungka­n atau jika ada kerja boleh disiapkan pada masa sama dan bukan berturutan.

Ini memerlukan penubuhan skala projek keutamaan dan memberikan fokus untuk menyerahka­n projek IT dengan sempurna.

Apabila keperluan ini dinilai semula, dengan mengubah suai perancanga­n pembanguna­n projek IT termasuk kaedah projek, ia menjadi langkah dapat mengurangk­an kegagalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia