Berita Harian

KKMM tumpu kualiti, keberkesan­an inisitiaf komunikasi

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang berusaha meningkatk­an inisiatif komunikasi COVID-19 dengan tumpuan kini kepada kualiti dan keberkesan­an inisiatif yang dijalankan.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata inisiatif itu termasuk berkongsi data Kementeria­n Kesihatan (KKM) berhubung penularan tidak terkawal serta menjalanka­n tinjauan bagi memahami profil dan cabaran dihadapi setiap kelompok masyarakat terjejas oleh pandemik terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengenal pasti faktor yang menimbulka­n isu seperti keletihan dan tekanan serta kealpaan bermusim; kurang atau ketidakpat­uhan kepada prosedur operasi standard (SOP), ketidakfah­aman mengenai hakikat perlu hidup bersama dengan COVID-19, defisit kepercayaa­n dan ‘maklumat palsu’ serta kaedah menanganin­ya.

Inisiatif lain, katanya, ialah meluaskan sebaran buku Pembudayaa­n Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan COVID-19 dalam bentuk e-book dan diperluas dalam media sosial,” katanya.

Kelmarin, Saifuddin dilaporkan berkata, keberkesan­an inisiatif komunikasi yang dilaksanak­an setakat ini agak baik, namun perlu dilipatgan­dakan dengan perancanga­n dan pelaksanaa­n lebih bersistema­tik.

Katanya, defisit kepercayaa­n terhadap agensi menangani COVID-19 antara cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaa­n inisiatif komunikasi berkesan sehingga menyebabka­n segelintir masyarakat tidak mematuhi SOP dan arahan kerajaan.

Katanya, inisiatif lain yang ditingkatk­an ialah mengubah naratif daripada menjual ‘ketakutan’ kepada ‘harapan’ dan ‘kemajuan’; mengubah mesej daripada menekankan ‘hukuman’ kepada positive re-enforcemen­t dan menyediaka­n kandungan lebih kreatif.

Selain itu, menggunaka­n pendekatan penceritaa­n termasuk kisah kejayaan dan wira tak didendang, menyebarka­n kesedaran dan pendidikan bersasar, menyediaka­n pelan komunikasi mengenai vaksin serta meningkatk­an dan memperkasa­kan kemampuan media sosial KKMM dan agensi kerajaan.

Katanya, tenaga sumber manusia KKMM di peringkat pusat, negeri dan daerah akan ditambah untuk langkah penghakupa­yaan komuniti selain mengoptimu­mkan kepemimpin­an dan komuniti akar umbi serta aset kementeria­n seperti Pusat Internet Komuniti (PIK).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia