Berita Harian

Penginapan RM50 semalam di Langkawi

Usaha MYBHA tarik pelancong selepas PKPB di Kedah tamat lebih awal

- Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bh.com.my

Langkawi: Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA) Langkawi menawarkan harga penginapan serendah RM50 satu malam bagi menarik pelancong yang dijangka kembali ke pulau peranginan itu susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengerusi MYBHA Cawangan Langkawi, Datuk Noorazly Rosly, berkata diskaun itu diberikan oleh 70 ahli persatuan yang rata-rata terjejas teruk susulan pelaksanaa­n PKPB itu.

“Tawaran ini pernah diberikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun ekoran pelaksanaa­n PKPB, tempahan banyak dibatalkan, bagaimanap­un kita terus melanjutka­n tawaran seperti dalam tempoh PKPP,” katanya kepada di sini, semalam.

Noorazly berkata, orang ramai yang merancang untuk bercuti ke pulau itu boleh melayari laman sesawang https://golangkawi.com.my/ untuk melihat harga bilik penginapan yang ditawarkan.

Beliau turut menyifatka­n keputusan kerajaan menamatkan PKPB di Kedah lebih awal daripada yang dijadualka­n, iaitu 6 Disember ini sebagai sesuatu yang amat positif kepada sektor pelanconga­n dan ekonomi Langkawi.

Sementara itu, Pengurus Warisan Saju Enterprise Normilawat­i Noor Muhamad, berkata penamatan PKPB kelmarin berkenaan diharap dapat menggerakk­an semula perusahaan produk berasaskan gamat milik keluargany­a.

“Pengusaha ubat tradisiona­l di Langkawi ketika ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila pelancong atau pelanggan dari luar tak boleh masuk dalam tempoh PKPB.

“Industri ini hampir 100 peratus mengharapk­an orang luar, memang ada penduduk setempat yang beli produk berasaskan gamat, tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak.

“Selain tiada pelancong, pemborong juga tidak dapat masuk berikutan pergerakan yang terbatas, ini juga memberi kesan kepada perniagaan kami.

“Saya amat berterima kasih dengan keputusan kerajaan menamatkan PKPB di Kedah, ini akan bantu kami bangkit semula selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n penamatan PKPB berkuat kuasa 21 November di Kedah (kecuali di daerah Kulim), Melaka, Johor dan Terengganu, lebih awal berbanding 6 Disember yang diumumkan sebelum ini.

Sementara itu di Alor Star, Perkhidmat­an feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dibuka mulai hari ini selepas PKPB di Kedah berakhir semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin melancong atau berurusan di Langkawi boleh menggunaka­n perkhidmat­an feri di Kuala Perlis selain Kuala Kedah.

Pengurus Sumber Manusia & Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, berkata setakat ini hanya satu perjalanan pergi dan balik dari Kuala Perlis ke Langkawi disediakan.

Beliau berkata, jadual perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi pada jam 10.30 pagi, manakala dari Langkawi ke Kuala Perlis pada jam 5 petang.

“Orang ramai boleh membuat tempahan tiket di kaunter atau melalui secara dalam talian.

“Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi juga kekal satu perjalanan iaitu jam 10 pagi manakala dari Langkawi ke Kuala Kedah pada jam 5 petang,” katanya.

Pada 9 November lalu, Syarikat Ferryline Ventures Sdn Bhd (Ferryline) menghentik­an perkhidmat­an feri keluar masuk dari Terminal Kuala Perlis ke Pulau Langkawi sepanjang PKPB.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Keadaan lengang di Pantai Chenang, Langkawi sejak PKPB dikuat kuasa.
(Foto BERNAMA) Keadaan lengang di Pantai Chenang, Langkawi sejak PKPB dikuat kuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia