Berita Harian

Mangsa pembunuhan kejam ditemui di Jalan Bangsar warga Pakistan

-

Kuala Lumpur: Identiti mayat lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di dada, leher dan kemaluanny­a di Jalan Bangsar, Khamis lalu, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata mangsa adalah warga Pakistan berusia 25 tahun dan ia disahkan bekas isterinya yang tampil membuat pengecaman.

Katanya, wanita tempatan berusia 31 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s jam 4.30 petang kelmarin, bagi membantu siasatan.

“Turut hadir, seorang lelaki warga Pakistan yang mendakwa rakan kepada mangsa. Wanita terbabit mendakwa sudah bercerai dengan mangsa sejak Oktober lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Anuar berkata, mereka melakukan pengecaman berdasarka­n gambar dan pakaian mangsa, namun pengecaman tubuh akan dilakukan hari ini di Jabatan Patalogi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Mangsa dikatakan pernah menjalanka­n perniagaan menjual minyak wangi bersama bekas isterinya, namun selepas bercerai dia sudah tidak bekerja.

“Semakan dengan pihak imigresen mendapati pasport mangsa sah sehingga Februari depan,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dada, leher dan kemaluanny­a dikelar.

Mayat ditemui orang awam jam 5.30 pagi di atas jalan raya dipercayai dicampak dari kenderaan.

Mangsa dikatakan pernah menjalanka­n perniagaan menjual minyak wangi bersama bekas isterinya, namun selepas bercerai dia sudah tidak bekerja.

Anuar Omar,

Ketua Polis Daerah Brickfield­s

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia