Berita Harian

Syor guna cop digital di semua pintu masuk

-

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) disaran menggunaka­n cop digital sepenuhnya di semua pintu masuk negara bagi mengekang salah guna cop keselamata­n sedia ada oleh pihak tertentu.

Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Imigresen Semenanjun­g (KPISM), Norhisham Murujan, berkata penggunaan cop digital sepenuhnya sudah dilaksanak­an di beberapa negara maju seperti Australian Border Force.

Katanya, sistem baharu yang sedang dibangunka­n itu sewajarnya melihat perkara terbabit kerana mereka tidak boleh lagi menggunaka­n pendekatan konvension­al dalam menyediaka­n perkhidmat­an.

“KPISM menggesa semua pegawai Imigresen teruskan semangat dan berikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat dan negara berlandask­an konsep integriti dan profesiona­l.

“KPISM sentiasa bekerjasam­a dengan pihak Imigresen bagi mempromosi ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

“Selain itu, memperkuku­hkan mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen menyokong pencegahan rasuah serta pematuhan undang-undang dan peraturan berkaitan memerangi rasuah di kalangan pegawai dan pihak menawarkan rasuah,” katanya.

Kelmarin, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lagi pegawai imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Pengarah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) berhubung siasatan kes rasuah membabitka­n cop sempadan.

Sebelum ini, seramai 50 individu membabitka­n 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam ditahan dalam Op Selat, selain wang tunai lebih RM800,000, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi turut dirampas.

Dalam pada itu, Norhisham berkata, KPISM menggesa Jabatan Imigresen terus memberi fokus utama kepada usaha memperkasa langkah langkah pencegahan salah guna kuasa di jabatan berkenaan.

Katanya, kesatuan mengesyork­an pemerkasaa­n langkah sedia ada, antaranya memperluas­kan skop audit Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) di semua pintu masuk negara.

“Pegawai integriti jabatan yang mempunyai sijil Certified Integrity Officer (CEIO) perlu diperbanya­kkan, selain memperkema­s prosedur operasi standard; membangunk­an Pelan Anti Rasuah Imigresen komprehens­if dan holistik serta memastikan peruntukka­n latihan mencukupi dalam membangunk­an kompetensi pegawai secara konsisten, selari dengan visi dan misi jabatan.

“KPISM komited membantu jabatan membantera­s aktiviti salah laku dan rasuah dalam kalangan pegawai agensi itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan berkomprom­i dan melindungi pegawai terbabit daripada hukuman setimpal, jika terbukti dan disabitkan bersalah di mahkamah.

Bagaimanap­un, katanya, KPISM berharap siasatan telus, adil dan profesiona­l dapat dilaksanak­an pihak berkuasa, selain berharap semua pihak lebih adil dalam membuat laporan dan menyatakan pandangan.

Norhisham Murujan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia