Berita Harian

Sebuah bot nelayan asing, dua kapal tangki diusir

-

Kuantan: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang mengusir sebuah bot nelayan asing Vietnam dan dua kapal tangki yang dikesan menceroboh perairan negara di dua posisi berbeza, iaitu kira-kira 43 dan 90 batu nautika timur dari sini, Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud, berkata sebuah bot nelayan Vietnam dengan nombor pendaftara­n KG 858 TS serta dua kapal tangki yang sedang merapat dalam keadaan mencurigak­an itu dikesan oleh pesawat udara Bombardier CL415 Maritim Malaysia ketika melaksanak­an rutin pengawasan udara di perairan Pahang.

Katanya, maklumat penceroboh­an itu disalurkan kepada Kapal Maritim (KM) Pekan yang sedang melaksanak­an Op Kuda Laut berhampira­n lokasi kejadian penceroboh­an bot dan kapal terbabit.

“Sebaik menyedari kehadiran pesawat udara dan kapal Maritim Malaysia, bot nelayan terbabit menukar haluan menuju ke perairan antarabang­sa sebelum KM Pekan terus membayangi dan mengusir bot nelayan Vietnam itu sehingga keluar dari sempadan perairan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas bot nelayan asing itu diusir, KM Pekan bergegas ke lokasi dua kapal tangki dan menghubung­i melalui radio berfrekuen­si tinggi (VHF) Channel 16, tetapi kapal tangki terbabit tidak memberi maklum balas.

Sehubungan itu, katanya,

KM

Pekan menyalakan lampu amaran dan susulan itu, kedua-dua kapal tangki berkenan bergerak perlahan-lahan keluar dari perairan negara sambil diawasi KM Pekan.

“KM Pekan kini berada di kawasan sempadan perairan negara untuk memastikan bot dan kapal asing terbabit tidak memasuki semula perairan negara.

“Keberadaan KM Pekan di kawasan itu juga bertujuan memantau dan melakukan pengusiran terhadap bot dan kapal asing yang dikesan menceroboh.

“Bagi tempoh dua minggu ini, sebanyak sembilan pengusiran dilakukan oleh aset Maritim Pahang dan dibantu aset dari Maritim Johor di perairan Pahang.

“Sepanjang tahun ini Maritim Pahang merekodkan 41 pengusiran dan daripada jumlah itu 39 daripadany­a adalah dari bot nelayan Vietnam membabitka­n 337 kru termasuk tekong.

“Pengusiran nelayan asing dan kapal tangki itu adalah tindakan sementara dalam tempoh pencegahan penularan COVID-19 serta mengekang pewujudan kluster baharu, terutama di lokap penahanan suspek yang boleh memberi risiko jangkitan kepada pasukan barisan hadapan dan juga rakyat tempatan,” katanya.

Dua kapal tangki asing

 ?? (Foto ihsan Maritim Malaysia) ?? yang diusir Maritim Malaysia.
(Foto ihsan Maritim Malaysia) yang diusir Maritim Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia