Berita Harian

Polis gempur bilik karaoke RM50,000 semalaman

Pakej dilengkapi minuman keras dan deejay khas, 93 ditahan

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan pengusaha pusat hiburan yang beroperasi secara haram dengan menyewakan bilik karaoke sebesar dewan serba guna dengan harga RM50,000 semalaman, lengkap dengan pakej minuman keras dan deejay khas, terbongkar dalam serbuan polis di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, dekat sini.

Dalam serbuan dijalankan kira-kira jam 11 malam kelmarin itu, polis turut menahan 93 pengunjung.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata premis itu beroperasi secara haram selepas lesen perniagaan­nya tamat Julai lalu.

Katanya, serbuan dilakukan susulan maklumat kegiatan hiburan di kawasan berkenaan pada setiap hujung minggu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Dalam operasi itu, kami menahan 66 pelanggan warga tempatan, iaitu 44 lelaki dan 22 wanita serta 11 lelaki warga dan 15 wanita warga asing sedang leka berhibur,” katanya ketika dihubungi BH, semalam

Serbuan itu diketuai Pegawai Risikan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis

Polis menahan 93 pengunjung

Daerah (IPD) Wangsa Maju, Inspektor Abdul Hafiz Ab Hakim, dibantu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hasil maklumat awam.

Nik Ros Azhan berkata, pihaknya turut merampas set mikrofon, pembesar suara, botol minuman keras, resit jualan bayaran pelanggan sebagai bukti pusat hiburan berkenaan beroperasi serta wang tunai.

“Semua pengunjung tempatan

Serbuan susulan maklumat kegiatan hiburan di kawasan berkenaan pada setiap hujung minggu ketika PKPB.

yang ditahan dikompaun RM1,000 mengikut Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Nombor 7) (2020).

“Polis turut menahan dan menyiasat semua warga asing mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen, serta menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 32 Akta Kastam dan Eksais dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutua­n,” katanya.

Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid,

 ??  ?? pusat hiburan karaoke di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, kelmarin.
pusat hiburan karaoke di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia