Berita Harian

Pusat judi dalam talian di premis snuker

-

Kuala Lumpur: Taktik sindiket judi dalam talian berselindu­ng dengan beroperasi dalam pejabat sebuah pusat permainan snuker gagal apabila diserbu polis di Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sebuah premis rumah kedai pada jam 9 malam itu, sembilan individu termasuk seorang warga tempatan dipercayai penjaga premis ditahan.

Pusat perjudian dalam talian yang disyaki beroperasi pada masa-masa tertentu sejak September lalu diserbu hasil risikan berdasarka­n maklumat orang ramai.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata ketika serbuan, seramai lima lelaki dan tiga wanita tempatan leka bertaruh dalam pelbagai jenis permainan judi dalam talian menerusi 13 komputer riba disediakan.

“Kita turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis yang mendakwa bilik yang menyediaka­n judi dalam talian itu baru beroperasi kelmarin.

“Bagaimanap­un, kita menemui satu buku mengandung­i catatan butiran diri kaki judi dan kutipan harian yang jelas menunjukka­n kehadiran kaki judi ke premis berkenaan sejak September lalu dalam bilik pejabat pusat snuker berkenaan,” katanya.

Razali berkata, hanya pelanggan tertentu dibenarkan memasuki ‘bilik pejabat’ atau bilik khas pusat snuker berkenaan untuk bermain judi dalam talian bagi mengelak dikesan polis.

“Saya tidak menolak kemungkina­n ada lagi kegiatan perjudian seperti ini masih beroperasi di daerah ini, namun kita akan kesan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua elemen tidak sihat ini dibanteras habis-habisan,” katanya.

Dalam operasi sama, polis merampas satu unit komputer utama, 13 komputer riba digunakan untuk judi dalam talian, satu unit modem dan wang tunai.

Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Razali Abu Samah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia