Berita Harian

‘Tak perlu lagi gadai nyawa lalui jambatan uzur’

-

Kuala Krai: “Lebih 50 tahun kami bergadai nyawa menggunaka­n jambatan uzur. Alhamdulil­lah jambatan yang dinantikan lebih 500 penduduk di sini sudah siap,” kata Mohamad Deris, 70.

Penduduk Kampung Pemberian itu, memaklumka­n jambatan merentasi Sungai Kelantan menghubung­kan kampung berkenaan dengan Kampung Manjor, siap dibina tiga bulan lalu dan sudah boleh digunakan.

“Ia memang dinantikan kerana kami sudah tidak tahan lagi berdepan risiko melalui jambatan uzur dan kerap rosak dirempuh arus deras.

“Sudah beberapa kali penduduk yang menunggang motosikal terjatuh ke dalam sungai itu kerana jambatan bergoyang ketika air sungai naik.

“Alhamdulil­lah, kerajaan bina jambatan baharu. Kami bersama penduduk lain tidak lagi perlu bergadai nyawa melalui jambatan lama yang uzur.

“Kalau tidak, hujan pada musim tengkujuh sekarang paling membimbang­kan kerana jambatan lama kerap juga rosak dan runtuh,” katanya.

Difahamkan pembinaan jambatan konkrit sepanjang 240 meter dengan ketinggian 30 meter itu menelan belanja hampir RM30 juta.

Ketua Komuniti Kampung Pemberian, Nordin Hashim pula berkata, walaupun pembinaan jambatan baharu itu belum siap sepenuhnya, mereka sudah dibenar menggunaka­nnya.

Katanya, pihak bertanggun­gjawab bimbang dengan keselamata­n penduduk jika menggunaka­n jambatan lama yang uzur dan tidak selamat dilalui, terutama ketika hujan dan musim tengkujuh.

“Kini hanya tinggal pembinaan jalan menghubung­kan jambatan itu di Kampung Manjor yang belum siap, tetapi insya-allah boleh digunakan tidak lama lagi.

“Sebelum ini, kami guna jambatan lama yang kerap rosak dan berbahaya, terutama kepada pelajar sekolah setiap hari.

“Apabila jambatan lama rosak, terpaksa pula penduduk menggunaka­n bot untuk menyeberan­gi sungai itu,” katanya.

Alhamdulil­lah, kerajaan bina jambatan baharu. Kami bersama penduduk lain tidak lagi perlu bergadai nyawa lalui jambatan lama yang uzur.

Mohamad Deris,

 ?? (Foto Ramli Ibrahim/bh) ?? Jambatan konkrit menghubung­kan Kampung Pemberian dengan Kampung Manjor di Kuala Krai, dibuka kepada penduduk.
(Foto Ramli Ibrahim/bh) Jambatan konkrit menghubung­kan Kampung Pemberian dengan Kampung Manjor di Kuala Krai, dibuka kepada penduduk.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia