Berita Harian

Lebih 200 nelayan ambil inisiatif jaga Sungai Perak

Kerjasama pastikan lubuk rezeki bersih, kekal jadi tarikan pelancong

- Oleh Mohd Rashidi Yusuf bhnews@bh.com.my

Lenggong: Menyedari kepentinga­n sungai yang menjadi sumber rezeki, lebih 200 nelayan di kawasan antara Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh, dekat sini, mengambil inisiatif sendiri memastikan kebersihan sumber air itu sentiasa terpelihar­a.

Tambahan pula, kebanyakan nelayan darat di kawasan terbabit bergantung kepada pukat untuk menangkap ikan dan pukat terbabit boleh tersangkut jika dasar sungai dipenuhi sampah sarap, kayu atau perdu pokok dan buluh.

Ketua

Jaringan

Perikanan

Kampung Luat, Mohd Nor Ismail, berkata usaha kumpulan nelayan berkenaan wajar dipuji kerana prihatin menjaga kebersihan Sungai Perak yang mengalir di kawasan terbabit.

“Penjagaan sungai sepatutnya babitkan semua pihak, bukan hanya nelayan darat. Apa pun, hubungan kerjasama lebih 200 nelayan yang memastikan sungai di kawasan antara Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh ini sentiasa bersih, perlu dipertahan dan dipertingk­atkan.

“Kawasan itu tempat kita mencari rezeki, kitalah yang perlu menjaganya, walaupun pihak lain juga mendapat manfaat daripadany­a,” katanya ketika ditemui.

Mohd Nor berkata, kawasan dari Kampung Gelok, Temelong, Chepor, Labit, Batu Dinding, Luat, Kota Tampan Air, Beng, Pipit, Cherakoh hingga Kuak berada dalam lingkaran Lembah Lenggong.

Beliau memaklumka­n, Lembah Lenggong pula diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan

dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Selain itu, katanya, kawasan itu juga sumber rezeki nelayan darat yang menggunaka­n pukat hanyut, pukat tahan, jala dan bubu atau melanggai serta merawai untuk menangkap ikan.

“Keindahan pemandanga­n di sini juga menjadi tarikan pelancong. Justeru, wajarlah masyarakat awam turut sama-sama membantu menjaga sungai agar kebersihan dan keindahan ini tidak terjejas.

“Kepada penduduk berhampira­n sungai, janganlah jadikan sungai tempat buang sampah sarap, bangkai binatang dan sebagainya. Jika tebang pokok, tebas hutan, janganlah buang ke dalam sungai.

“Sungai bukan perigi buruk tempat sampah sarap dibuang. Kami sering lihat peladang sawit buang pelepah sawit ke dalam sungai dan sering juga individu tertentu dilihat membuang sampah dari atas Jambatan Sungai Perak di Kampung Luat ke dalam sungai,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Rashidi Yusuf/bh) ?? Nelayan menaikkan tunggul kayu ketika kerja membersihk­an Sungai Perak.
(Foto Mohd Rashidi Yusuf/bh) Nelayan menaikkan tunggul kayu ketika kerja membersihk­an Sungai Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia