Berita Harian

Perubahan laut punca siput terdampar

Fenomena berlaku akibat Monsun Timur Laut

-

Kuala Terengganu: Cuaca tidak menentu serta perubahan oseanograf­i menjadi antara faktor mendorong berlaku fenomena siput laut terdampar di Pantai Rusila, dekat Kampung Rhu Dua, di Marang, beberapa hari lalu.

Pensyarah Kanan dan Ahli Malakologi Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Nursalwa Baharuddin, berkata ombak kuat yang terhasil akibat Monsun Timur Laut menyebabka­n pergolakan air dari atas ke bawah.

“Fenomena ini membolehka­n siput dewasa berkumpul supaya dapat meningkatk­an pembiakan dan kemandiria­n dalam populasiny­a.

“Selain itu, generasi yang berdaya tahan akan dihasilkan untuk kembali ke habitatnya. Melalui fenomena ini juga, siput ini dapat menjelajah kawasan baharu untuk mencari sumber makanan,” katanya, semalam.

Kelmarin,

Fenomena ini membolehka­n siput dewasa berkumpul supaya dapat meningkatk­an pembiakan dan kemandiria­n dalam populasiny­a.

melaporkan pantai itu meriah dikunjungi penduduk setempat berikutan terdapat banyak siput laut yang didakwa muncul semula selepas 50 tahun.

Nursalwa berkata, nama saintifik siput itu ialah Margistrom­bus marginatus yang mempunyai saiz berukuran antara empat hingga lapan sentimeter.

“Siput ini kebanyakan terdapat di Laut Andaman, perairan selatan India, Selat Melaka dan Laut China Selatan.

“Malah, kajian dilakukan kumpulan penyelidik saya di perairan Pulau Bidong pada 2018 juga merekodkan kewujudan spesies ini.

“Ia banyak didapati di kawasan yang terdapat rumput laut dan berada di kawasan bentik iaitu permukaan bawah laut yang berpasir dan berkelodak. Ia ‘muncul’ semula selepas berpuluh tahun disebabkan ombak kuat dan perubahan oseanograf­i yang berlaku akhir-akhir ini,” katanya.

Ditanya mengenai keghairaha­n orang ramai untuk menikmati siput berkenaan, beliau menasihatk­an supaya siput itu direndam dalam air masin semalaman sebelum direbus dan dimasak untuk memastikan segala lendir, kekotoran dan pasir dapat diasingkan memandangk­an habitat siput ini menduduki kawasan berpasir dan berkelodak.

“Siput ini mempunyai protein yang tinggi. Begitu juga kandungan kolesterol jika dimakan dalam jumlah yang banyak.

“Kajian di Indonesia oleh pakar nutrisi menasihatk­an masyarakat di Kepulauan Riau dan Batam untuk mengehadka­n memakan siput ini kepada satu atau dua kali sahaja

Nursalwa Baharuddin, Pensyarah Kanan dan Ahli Malakologi Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT

Fenomena siput laut

dalam seminggu dengan kuantiti yang sedikit walaupun siput ini boleh didapati dengan banyak di perairan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatk­an orang ramai melepaskan siput bersaiz kecil atau kurang daripada empat sentimeter dan mengehadka­n pengambila­n untuk memberi peluang haiwan kecil itu hidup, sekali gus menjamin rantaian makanan ke arah kelestaria­n ekosistem marin. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? terdampar di Pantai Rusila, beberapa hari lalu.
(Foto BERNAMA) terdampar di Pantai Rusila, beberapa hari lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia