Berita Harian

Hikmah COVID-19 jelaskan keberkesan­an sunah

- Nurliana Zulkifli, Ilmu Wahyu dan Komunikasi, Universiti Islam Antarabang­sa Gombak

Tahun 2020 membuka tirai dengan peristiwa tidak terjangka. Duduk di rumah menjadi norma baharu kehidupan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah masyarakat di seluruh dunia.

Wabak COVID-19 mengancam kebebasan kita semua secara zahirnya.

Pada saat mencabar ini, kita semua tidak terlepas memainkan peranan penting untuk mencegah COVID-19. Jika sebelum ini, kita berpeluang menikmati pelbagai kurniaan dan keselesaan bersama-sama di bawah satu langit, kali ini kita berganding bahu mengharung­i dugaan ini hingga berjaya.

Hakikatnya, setiap perkara yang terjadi ada hikmah tersembuny­i. Firman Allah SWT: “Oleh itu, maka (tetapkanla­h kepercayaa­nmu) bahawa sesungguhn­ya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhn­ya tiaptiap kesukaran disertai kemudahan.” (Al-insyirah: 5-6)

Sedarkah kita, norma baharu yang kian kita praktikkan sebenarnya membawa kita kembali kepada fitrah. Amalan kebersihan yang menjadi tunjang sebahagian daripada iman kembali kita tekankan dengan lebih berat.

Masyarakat mula mengamalka­n etika kebersihan diri lebih ketat dan mengutamak­an kesucian daripada segenap aspek luar serta dalam.

Pelaksanaa­n perintah berkurung di luar negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, memberi ruang kepada alam untuk ‘bernafas’ semula.

Jika sebelum ini, kita semua terkejar-kejar kekayaan duniawi tanpa menghirauk­an kelestaria­n alam, kini tiada lagi pencemaran dan kerosakan oleh tangan manusia.

Kita semakin sedar kepentinga­n mengamalka­n gaya hidup seimbang berlandask­an sunah Nabi SAW.

Nabi Muhammad SAW bertindak sebagai teladan terbaik buat umat manusia sepanjang zaman, namun kita semakin melupakann­ya kerana anasir Barat merosakkan.

Hikmah COVID-19 menjadikan kita bertambah jelas keberkesan­an sunah Nabi SAW jika kita amati dan amalkan semula dengan kesungguha­n.

Begitu juga nilai kekeluarga­an dan persaudara­an semakin erat kerana ‘kita jaga kita’. Bagi memastikan orang tersayang selamat daripada wabak ini, anak kerap bertanya khabar ibu bapa dan saling berhubung secara alam maya bagi melepaskan kerinduan.

Jiran tetangga mula cakna keberadaan dan perkhabara­n masingmasi­ng.

Wabak ini bukan sahaja mengancam nyawa manusia, malah akibatnya lebih daripada itu. Ekonomi negara semakin merudum, pendidikan anak tergendala dan aktiviti harian tergugat.

Rakyat sesebuah negara pada ketika ini begitu bergantung harap kepada kebijaksan­aan pemimpin untuk melawan wabak berbahaya ini.

Ini seterusnya meningkatk­an semangat patriotik rakyat dan taat setia rakyat kepada tampuk kepemimpin­an.

Jelaslah, setiap musibah melanda pasti ada kebaikan jika kita melihatnya dari sudut positif. Jadilah seperti mata lebah yang sentiasa mencari sisi positif sesuatu perkara.

Jadikan fasa PKP ini masa untuk muhasabah diri dan kembali kepada fitrah insaniah, berpanduka­n syariat islam dengan meneladani sunah Nabi SAW.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia