Berita Harian

Harga emas dijangka lebih RM300 segram tahun depan

Keputusan jika Demokrat menang dua kerusi Senat jadi penentu

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Harga emas berpotensi melepasi paras tertinggi AS$2,075 seauns (RM8,514.25) atau RM300.33 segram tahun depan jika Parti Demokrat pimpinan Joe Biden memenangi dua kerusi Senat yang membolehka­nnya menguasai Parlimen dan Senat Amerika Syarikat (AS).

Perkara berkenaan dipantau rapat peserta pasaran emas kerana ia penting dalam menentukan lonjakan harga aset selamat itu berikutan janji Biden memperkena­lkan perjanjian infrastruk­tur bernilai hingga AS$1 trilion (RM4.1 trilion) dan perjanjian lain untuk menyokong ekonomi AS.

Ketua Strategi Pasaran Global ATFX, Alejandro Zambrano, berkata berdasarka­n janji Biden yang mewakili 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu, ia akan melonjakka­n harga emas dan menjadikan dolar AS lebih lemah.

“Tarikh 5 Januari adalah tempoh penting untuk pasaran emas. Jika Demokrat menang dua kerusi Senat dan Biden mengumumka­n sesuatu pada 20 Januari berhubung pelaksanaa­n perjanjian infrastruk­tur terbabit, maka emas akan melonjak melepasi paras AS$2,075 seauns.

“Agak sukar saya menyatakan potensi kemenangan Demokrat sama ada besar atau sebaliknya. Namun, berdasarka­n laman web analitik pilihan raya terkemuka, fivethirty­eight.com peluang Demokrat adalah 63 peratus.

“Untuk baki tahun ini, saya tidak melihat emas akan menguji semula paras tertinggi sehingga Januari tahun depan, namun minat pelabur runcit terhadap emas berada pada tahap yang sangat tinggi,” katanya ketika dihubungi BH, baru-baru ini.

Zambrano berkata, harga emas mencatat kenaikan luar biasa daripada paras terendah pada 2018, iaitu AS$1,156.90 seauns, namun kenaikan terhad ketika ini memandangk­an pertumbuha­n harga direkodkan terlalu tinggi dan pantas.

Katanya, buat masa ini emas dijangka didagangka­n kepada AS$1,727 seauns, tetapi berkemungk­inan besar logam berharga itu berada pada paras lebih tinggi untuk tempoh jangka panjang.

“Untuk tempoh jangka pendek, kita akan melihat penurunan atau sebaliknya. Apabila ia melepasi AS$2,000, ia mungkin permulaan untuk pergerakan lebih tinggi.

“Jika Biden gagal menguasai Senat, kenaikan harga emas akan terhad dan harga emas mungkin tidak banyak berubah,” katanya.

Mengenai penemuan vaksin COVID-19 memberi kesan kepada pergerakan harga logam berharga itu, beliau menjelaska­n, ketika syarikat farmaseuti­kal gergasi

Amerika Syarikat (AS), Pfizer bersama firma Jerman, Biontech mengumumka­n mengenai vaksin, harga emas susut AS$116 pada 9 November.

Bagaimanap­un, katanya, beberapa hari kemudian, firma bioteknolo­gi AS, Moderna mengumumka­n vaksin percubaann­ya untuk COVID-19 berkesan 94.5 peratus, menandakan kejayaan besar kedua dalam pemburuan vaksin menyaksika­n harga tidak terus menyusut.

“Ia berkait rapat dengan kemampuan syarikat mengkomers­ialkan jumlah dos vaksin mereka. Sebagai contoh, Moderna hanya mampu membekalka­n 20 juta dos kepada AS, manakala tahun depan antara 500,000 hingga sejuta dos.

“Namun, beberapa syarikat sedang melaksanak­an kajian fasa 3 untuk vaksin COVID-19. Antaranya, Astrazenec­a yang akan mengumumka­n keputusan ujian pada akhir Disember, sambil dunia turut menantikan keputusan dari Johnson and Johnson.

Untuk baki tahun ini, saya tidak melihat emas akan menguji semula paras tertinggi sehingga Januari tahun depan, namun minat pelabur runcit terhadap emas berada pada tahap yang sangat tinggi.

Alejandro Zambrano, Ketua Strategi Pasaran Global ATFX

“Mungkin antara dua syarikat besar ini akan menyertai Pfizer dan Moderna tidak lama lagi. Ia bermakna, ada tiga syarikat yang membekalka­n vaksin COVID-19.

“Berita ini akan mengurangk­an potensi rangsangan fiskal dan menjejaska­n daya tarikan emas sebagai aset selamat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia