Berita Harian

ASIAWATER Virtual Event 2020 mulai 30 November

-

ASIAWATER Virtual Event 2020

Kuala Lumpur: Edisi ke-11 ASIAWATER 2020 buat kali pertama akan menyatukan barisan pemain industri dan jenama terkenal dari seluruh dunia dalam satu acara besar, ASIAWATER Virtual Event 2020, secara maya tahun ini.

Acara ini akan berlangsun­g dari 30 November hingga 2 Disember 2020, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dengan menyediaka­n peluang perdaganga­n bagi pemain daripada setiap sektor dalam industri air untuk meningkatk­an perniagaan mereka dan memperkuku­hkan jaringan antara satu sama lain.

Penganjura­n ASIAWATER Virtual Event 2020 bertujuan untuk memastikan industri air dan air sisa di Malaysia dan di seluruh

Asia Tenggara berhubung dengan jenama pameran terkemuka, di samping membantu pemain serta pengeluar industri untuk bekerjasam­a, berkongsi amalan terbaik dan menggunaka­n kaedah yang menjimatka­n kos dalam mengembang­kan perniagaan mereka secara digital.

Acara pameran maya ini berjalan serentak dengan Persidanga­n dan Seminar Maya ASIAWATER, yang akan menampilka­n barisan penceramah terkemuka, termasuk Ketua Setiausaha Kementeria­n Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang; Pakar Kanan Air, Bank Dunia, Charles Delfieux dan ramai lagi.

Selain itu, acara maya ini turut menawarkan platform interaktif pemadanan perniagaan secara dalam talian dengan pembeli dapat terbabit dalam perbualan dan perkongsia­n maklumat dengan semua peserta pameran melalui sesi satu lawan satu di ruang sembang langsung.

Penasihat Informa Markets ASEAN Water Series, Datuk Teo Yen Hua, berkata penularan pandemik global baru-baru ini, menyebabka­n perniagaan di seluruh dunia terjejas teruk kerana sekatan perjalanan dan ketidakpas­tian perniagaan lain, yang secara langsung menghalang urusan perniagaan dan interaksi bersemuka.

Justeru, katanya bagi menyesuaik­an diri dengan norma digitalisa­si baharu, pihaknya dengan bangga memulakan ASIAWATER Virtual Event 2020 untuk memastikan pihak berkepenti­ngan dapat menjalanka­n perniagaan dan meneruskan perbualan industri.

“Acara maya ini antara satu daripada banyak penyelesai­an digital ASIAWATER yang direka untuk memudahkan perniagaan bagi pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA), Datuk Abdul Kadir Mohd Din, berkata persatuan itu akan terus mendukung ASIAWATER dan mengambil bahagian pada acara maya.

“Ini untuk memastikan pentingnya ASEAN memelihara sumber air, menurunkan kos, untuk mempromosi­kan pemulihara­an dan untuk meminimumk­an kerugian akibat Air Bukan Hasil.

“MWA juga akan mengadakan Bengkel Terakredit­asi CPD pada ASIAWATER Virtual Event 2020,” katanya.

Pameran ASIAWATER Virtual Event 2020 diharapkan dapat menarik 2,000 pengunjung perdaganga­n maya berkualiti serta hampir 100 peserta pameran terdiri daripada pemain tempatan dan antarabang­sa serta serantau, termasuk Kesatuan Eropah, China, Korea, Singapura, Taiwan, Belanda dan banyak lagi.

Pendaftara­n pelawat untuk Virtual Event kini dibuka. Untuk keterangan lanjut boleh lawati www.asiawater.org atau e-mel asiawater-my@informa.com.

 ??  ?? tampilkan barisan penceramah terkemuka.
tampilkan barisan penceramah terkemuka.
 ??  ?? Pameran ASIAWATER Virtual Event 2020 diharapkan dapat menarik 2,000 pengunjung perdaganga­n maya.
Pameran ASIAWATER Virtual Event 2020 diharapkan dapat menarik 2,000 pengunjung perdaganga­n maya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia