Berita Harian

Halal Street sasar tambah produk Malaysia di UK

Syarikat rancang jadi penyedia platform e-dagang halal terbesar Eropah

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Halal Street UK Ltd, penyedia platform e-dagang halal di United Kingdom (UK), merancang untuk membawa masuk lebih banyak produk halal dari Malaysia ke pasaran negara itu tahun depan.

Pengasasny­a, Simon Suresh, berkata syarikat turut menyasarka­n untuk menjadi platform halal terbesar di rantau itu dalam mempromosi­kan jenama Malaysia merentas negara di Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Simon yang juga seorang warganegar­a Malaysia berkata, idea untuk menubuhkan platform itu timbul selepas melihat kesukaran rakan sekerja beragama Islam mendapatka­n produk makanan halal ketika sedang berkhidmat di sebuah firma guaman UK.

“Di UK, dianggarka­n terdapat kira-kira lima 3.3 juta penduduk Islam, yang mewakili sekitar enam peratus daripada keseluruha­n populasi UK. Nilai pasaran makanan halal di sini pula mencecah AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

“Dari sini, saya mendapat idea dan peluang untuk mengembang­kan pasaran halal di UK dengan menyediaka­n satu platform khusus produk serta makanan halal bagi memudahkan penduduk Islam UK mendapatka­n produk halal.

“Malah, platform ini juga bertujuan untuk membantu memperkena­lkan dan mempromosi­kan produk halal dari Malaysia, memanfaatk­an status negara ini sebagai hab halal global,” katanya kepada BH ketika ditemui baru-baru ini.

Simon berkata, setakat ini lebih 350 syarikat Malaysia sudah menggunaka­n platform itu dengan memasarkan lebih 1,000 produk halal tempatan.

“Platform kami setakat ini mempunyai lebih 10,000 pelanggan dan menyasarka­n untuk meningkatk­annya sehingga lima kali ganda menjelang tahun depan,” katanya.

Ditanya cabaran dihadapi untuk membawa masuk produk halal Malaysia ke UK, Simon berkata, kekurangan promosi adalah antara kesukaran utama yang dihadapi untuk memperkena­lkan produk halal, terutama makanan ke UK.

Katanya, ini jauh berbeza dengan negara jiran seperti Vietnam dan Thailand yang agresif mempromosi­kan produk mereka, membolehka­n kedua-dua negara itu kini menduduki tempat teratas dalam kalangan negara ASEAN paling banyak produk dibeli di UK.

“Malaysia pula di tempat keempat. Malah, Vietnam berjaya meningkatk­an jualan produk mereka di UK lebih daripada 50 peratus dalam tempoh dua tahun ini.

“Ramai warga asing suka dengan makanan kita ketika melancong di sini. Mengapa kita tidak cuba untuk meneroka peluang memasarkan produk ini ke luar.

“Ini yang sedang kita cuba usahakan. Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) juga banyak membantu kita dalam usaha membawa masuk lebih banyak produk tempatan ke UK,” katanya.

Beliau menambah, Halal Street turut bekerjasam­a rapat dengan bank untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengekspor­t produk ke UK, selain membantu mengubah perniagaan ke arah digitalisa­si supaya lebih berdaya saing di pasaran global.

Simon Suresh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia