Berita Harian

Canon sasar bina perniagaan baharu, perluas operasi

-

Canon Marketing Malaysia menyasar untuk mewujudkan perniagaan baharu dan berkembang menerusi pempelbaga­ian.

Ia juga menyasarka­n perluasan operasi sedia ada kepada dua segmen, iaitu perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) dan perniagaan-kepada-pengguna (B2C).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Andrew Koh, berkata syarikat mengenal pasti dan menerima cabaran pertumbuha­n baharu melalui transforma­si strategik ke atas B2B dan B2C.

“Dalam segmen B2B, Canon menyasar untuk mengembang­kan segmen ini sehingga 50 peratus daripada perolehan keseluruha­n dalam tempoh tiga tahun. Pada masa ini, kami sudah mencapai 35 peratus,” katanya.

Beliau berkata, bagi segmen B2C, Canon mahu menambah baik pasaran secara berterusan dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an yang dapat memenuhi keperluan pengguna di setiap peringkat kehidupan.

Berikutan pandemik COVID-19 terus mengganggu pasaran, pengeluara­n dan rantaian bekalan, Canon menyediaka­n pelbagai inisiatif, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengekal dan meningkatk­an pertumbuha­n perniagaan mereka dalam tempoh mencabar ini.

Koh berkata, sebagai penyedia penyelesai­an keseluruha­n, Canon memiliki rangkaian produk teknologi B2B yang komprehens­if bagi menawarkan pelbagai perkakasan, penyelesai­an dan perkhidmat­an kepada PKS.

“Ini sekali gus dapat memastikan sektor itu mampu mencatatka­n prestasi optimum serta berikan penyelesai­an terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Canon mempunyai 61 vendor yang sah menerusi perkongsia­n rasmi di seluruh negara untuk menawarkan perkhidmat­an, termasuk kerja pemasangan, mitigasi masalah rangkaian serta penyenggar­aan produk peranti pelbagai fungsi. BERNAMA

Syarikat mengenal pasti dan menerima cabaran pertumbuha­n baharu melalui transforma­si strategik ke atas B2B dan B2C.

Andrew Koh,

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia