Berita Harian

Bank Islam sedia terima permohonan ETRA

-

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) bersedia menerima permohonan Penambahba­ikan Bantuan Pembayaran Balik Bersasar (ETRA) daripada segmen B40, M40 dan perusahaan mikro yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Muazzam Mohamed, berkata sejak penularan pandemik COVID-19, Bank Islam menawarkan pelbagai bentuk kemudahan bagi meringanka­n kekangan kewangan pelanggan.

Katanya, Bank Islam sedar pandemik itu mengakibat­kan ketidakten­tuan dan menggesa pelanggann­ya supaya sentiasa menyemak kedudukan kewangan masing-masing.

“Mesej kami sentiasa konsisten sejak daripada mula, iaitu bersedia untuk membantu. Sekiranya pelanggan memerlukan bantuan, hubungi kami dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu anda mengatasi situasi mencabar ini.

“Sama seperti bantuan pembayaran balik bersasar, ETRA ini disediakan sehingga Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

ETRA diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri

Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pembentang­an Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Bermula hari ini, pihak bank akan menawarkan ETRA bagi tiga kategori, iaitu individu B40, individu M40 yang berdaftar di dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebagai individu atau isi rumah terjejas serta perusahaan mikro.

Ketiga-tiga kategori ini boleh membuat penangguha­n bayaran ansuran bulanan selama tiga bulan atau penguranga­n sehingga 50 peratus bayaran ansuran bulanan sehingga enam bulan.

Individu B40 dan perusahaan mikro tidak perlu mengemukak­an dokumen, manakala individu M40 perlu mengemukak­an borang pengisytih­aran kendiri.

Bantuan berkenaan disediakan untuk semua pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada waktu permohonan.

Pelanggan yang sudah menerima sebarang bentuk bantuan pembayaran balik dan berhasrat untuk memohon bantuan lanjut di bawah langkah tambahan ini masih boleh berbuat demikian dengan menghubung­i Bank Islam.

 ?? (Foto hiasan) ?? Bank Islam menawarkan pelbagai bentuk kemudahan bagi meringanka­n kekangan kewangan pelanggan.
(Foto hiasan) Bank Islam menawarkan pelbagai bentuk kemudahan bagi meringanka­n kekangan kewangan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia