Berita Harian

Arab Saudi yakin hubungan ‘mesra’ dengan Biden

-

Riyadh: Arab Saudi tidak menjangkak­an sebarang perubahan besar dalam hubunganny­a dengan Amerika Syarikat (AS) di bawah Joe Biden, kata seorang pegawai kanannya kepada CNN, meskipun presiden dipilih itu berjanji untuk mengubah kerajaan itu menjadi ‘paria’.

Ketua Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) itu yang juga sekutu rapat Presiden Donald Trump, tampak berwaspada terhadap Biden selepas beliau berjanji akan lebih tegas terhadap Arab Saudi atas kegagalan hak asasi manusia.

Namun, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-jubeir, menolak anggapan itu.

“Kami berurusan dengan Presiden AS sebagai rakan, sama ada beliau Republikan atau Demokrat,” kata Jubeir kepada CNN, dalam wawancara yang dikeluarka­n hujung minggu lalu.

“Presiden dipilih, Biden sudah berada dalam Senat (AS) selama 35 tahun, beliau ada pengalaman luar biasa. Saya tidak jangka akan ada perubahan besar dari segi dasar luar Amerika.”

Komen itu dikeluarka­n ketika Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Negara Kumpulan 20 (G20), yang pertama bagi negara Arab, tatkala pejuang global berusaha untuk menarik perhatian terhadap rekod hak asasi manusia kerajaan terbabit.

Arab Saudi sering terlepas daripada kecaman AS di bawah Trump, yang bersama dengan menantunya, Jared Kushner, telah menikmati hubungan peribadi dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, pemimpin de facto kerajaan itu.

Kekalahan Trump menjadikan Putera Mohammed terdedah kepada kecaman baharu daripada sekutu Barat yang paling dekat dengan kerajaan itu.

Ia boleh membuatkan putera mahkota itu terasing di tengah cabaran ekonomi yang dihadapi dalam agenda reformasin­ya dan pelbagai penentanga­n domestik terhadap pemerintah­annya.

Ketika kempen pemilihann­ya, Biden mengancam untuk menjadikan Arab Saudi sebagai ‘paria’.

Pemerhati Arab Saudi menyangkal pidato kempen Biden yang menyifatka­n Arab Saudi sebagai huru-hara, merujuk tindakan Trump yang juga melakukan permusuhan dengan negara itu dalam kempen pemilihan pada 2016, tetapi kemudian mengeratka­n diri dengan Arab Saudi.

“Kami berurusan dengan presiden apabila mereka secara rasmi memegang jawatan dan kami mempunyai kepentinga­n besar dengan AS,” kata Jubeir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia