Berita Harian

Pennsylvan­ia bakal umum Biden menang

Mahkamah tolak tuduhan Trump tentang penipuan daftar pengundi

-

Washington: Mahkamah Pennsylvan­ia menolak dakwaan Donald Trump, kononnya wujud penipuan daftar pengundi di negeri terbabit ketika proses pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS), awal bulan ini.

Keputusan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada Trump, pemimpin Republikan yang dilihat cuba menafikan kekalahann­ya kepada pesaing, Joe Biden.

Selari pendirian mahkamah yang menggagalk­an pasukan strategi Trump itu, ahli Demokrat, Biden dijangka diumumkan sebagai pemenang pemilihan presiden di Pennsylvan­ia, hari ini.

Hakim Mahkamah Pennsylvan­ia, Matthew Brann, dalam alasan penghakima­nnya berkata, pasukan Trump mengemukak­an pertikaian perundanga­n tanpa merit dan sekadar bersandark­an tuduhan berunsur spekulatif.

“Di AS, ini tidak dapat memberi justifikas­i kepada langkah menidakkan hak pengundi tunggal, apatah lagi semua pengundi di enam negeri yang mempunyai penduduk teramai.

“Perundanga­n, institusi dan rakyat memerlukan lebih daripada perkara sedemikian,” katanya.

Presiden AS yang dipilih, Biden sebelum ini dilaporkan memenangi 306 undi electoral college, iaitu undi yang memutuskan siapa yang bakal menduduki Rumah Putih, berbanding 232 undi diperoleh Trump.

Keputusan itu bagaimanap­un dinafikan oleh Trump dan dibimbangi bakal mencetuska­n kesan berpanjang­an terhadap keyakinan rakyat AS kepada sistem pengundian republik berkenaan.

Penghakima­n di Pennsylvan­ia dikemukaka­n beberapa jam selepas Republikan memohon penangguha­n pengesahan keputusan di Michigan, yang didakwa terpalit dengan isu sama selepas Biden melakar kemenangan menerusi 155,000 undi.

Menerusi permohonan yang dikemukaka­n, keputusan berkenaan diminta untuk ditangguhk­an selama dua minggu bagi memberi laluan kepada audit penuh di daerah Wayne.

Sejak tewas, Trump dilihat jarang tampil di khalayak umum, namun masih aktif berkempen secara provokatif di Twitter.

“Bukti yang semakin terserlah ini tidak dapat dinafikan. Jumlah undi yang direkodkan lebih daripada keperluan, Ini menang besar!” katanya. AFP

Pasukan Trump mengemukak­an pertikaian perundanga­n tanpa merit dan sekadar bersandark­an tuduhan berunsur spekulatif.

Matthew Brann, Hakim Mahkamah Pennsylvan­ia

 ?? (Foto hiasan) ?? Sebanyak lapan serangan jerung dilaporkan di Australia pada tahun ini termasuk yang terbaru di Pantai Cable, semalam.
(Foto hiasan) Sebanyak lapan serangan jerung dilaporkan di Australia pada tahun ini termasuk yang terbaru di Pantai Cable, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia