Berita Harian

Israel serang balas, sasar tapak senjata Hamas

-

Baitulmaqd­is: Tentera Israel membedil beberapa sasaran strategik Hamas di Gaza, sebagai serangan balas roket yang dilancarka­n dari wilayah Palestin.

Pasukan Pertahanan Israel, berkata serangan balas itu disasarkan kepada dua tapak penghasila­n senjata roket, kawasan tentera dan kemudahan bawah tanah.

Tanpa sebarang butiran lanjut, perkhidmat­an kecemasan bagaimanap­un berkata tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam serangan berkenaan, malah media Israel mengesahka­n bahawa roket itu jatuh di kawasan lapang.

Media tempatan semalam melaporkan kawasan berdekatan kota Israel, iaitu Ashkelon dikejutkan dengan bunyi siren yang kuat, sebelum dibedil dengan roket, yang dilancarka­n dari sempadan Gaza.

Pada 15 November lalu, Hamas melancarka­n dua serangan roket dari pesisir wilayah Palestin yang menyasarka­n kawasan berdekatan Israel, namun tiada kematian atau kerosakan dilaporkan berlaku.

Israel dalam serangan balas kemudian bertindak membedil beberapa sasaran Hamas menggunaka­n jet pejuang, helikopter dan kereta kebal.

Sehingga kini, tiada yang tampil bertanggun­gjawab terhadap serangan roket pada 15 November lalu, namun Israel sejak kebelakang­an ini menuding jari terhadap kumpulan Islam Hamas kerana dikatakan menjadi dalang semua tindakan sedemikian dari wilayahnya.

Hamas, yang dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh Israel, menawan Gaza daripada seterunya, Fatah pada 2007.

Sejak itu, Hamas dilaporkan terbabit dalam tiga siri peperangan dengan Israel di kawasan pesisir yang menempatka­n hampir dua juta rakyat Palestin.

Rentetan itu, Israel mengenakan sekatan di sempadan Gaza untuk mengasingk­an pengaruh Hamas. AFP

Serangan balas itu disasarkan kepada dua tapak penghasila­n senjata roket, kawasan tentera dan kemudahan bawah tanah.

 ?? (Foto AFP) ?? Pasukan Pertahanan Israel
Letupan akibat serangan balas Israel di Bandar Khan Yunis, di sempadan Gaza, malam kelmarin.
(Foto AFP) Pasukan Pertahanan Israel Letupan akibat serangan balas Israel di Bandar Khan Yunis, di sempadan Gaza, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia