Berita Harian

Cadang wujud badan khas industri muzik

Sudah sampai masanya kepentinga­n karyawan diberi perhatian secara lebih sistematik

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Mengalu-alukan penggubala­n dasar khusus industri muzik seperti diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, baru-baru ini, penggiat industri berkongsi idea agar usaha diambil kerajaan mencapai objektif.

Bersetuju sudah sampai masanya kepentinga­n penggiat industri muzik diberi perhatian lebih sistematik, karyawan mahu isu pokok berhubung ketelusan dalam pelaksanaa­n dasar diberi perhatian utama.

Selain itu, suatu bentuk mekanisme perlu dibentuk agar semua kelompok dalam kalangan penggiat industri seni mendapat perhatian sama rata, baik mereka yang mewakili generasi muda mahu pun veteran.

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA), Datuk Malek Ridzuan, memandang berat soal ketelusan yang akan dipraktikk­an dalam dasar untuk penggiat industri muzik.

“Kami menyokong usaha baik kerajaan. Bagaimanap­un, sejauh mana ketelusan dan keberkesan­an dasar yang dibuat? Itu yang menjadi persoalann­ya.

“Sekiranya dasar untuk industri muzik dilaksanak­an, sebaik-baiknya, dasar itu memberi manfaat kepada penggiat industri muzik secara menyeluruh dan sama rata.

“Misalnya, dasar itu bukan hanya menyasarka­n penyanyi, sebaliknya, pemuzik dan penggiat seni belakang tabir,” katanya kepada HIP.

Malek juga berharap isu royalti yang dihadapi penggiat industri muzik dapat diselesaik­an segera apabila dasar khusus untuk sektor ini diperkenal­kan.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim, berkata pengumuman Saifuddin adalah susulan pertemuan beliau dengan persatuan, kira-kira lima bulan lalu.

“Kami mewakili penggiat industri muzik memohon badan khas diwujudkan bagi menjaga kepentinga­n industri ini.

“Sebelum ini, tidak pernah ada badan khas yang menjaga penggerak industri muzik,” katanya.

Selama ini, Rosmin berkata, industri seni hanya ada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebagai agensi menjaga industri perfileman tempatan.

“Melalui FINAS, setiap tahun kerajaan menyalurka­n dana untuk anak wayang. Jika pemuzik ada badan seumpama itu, bolehlah kita mendapat dana untuk membangunk­an industri muzik,” katanya.

Rosmin yang juga Pengerusi Public Performanc­e Malaysia Sdn Bhd (PPM) berkata, penggiat seni yang terjejas dengan penularan COVID-19 boleh menggunaka­n dana berkenaan.

“Melalui badan khas, industri muzik boleh bekerjasam­a dengan kerajaan membangunk­an sektor ini termasuk membawa karya kita ke luar negara.

“Sebelum ini, kita hanya berusaha sendiri. Jika ada badan khas, kita boleh bekerjasam­a dengan kerajaan membawa karya tempatan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Penyanyi dan komposer, Loque atau nama sebenar, Khairil Ridzwan Annuar berharap agensi khusus menjaga kepentinga­n penggiat seni muzik diterajui pihak yang bebas daripada kepentinga­n politik.

“Janganlah badan khas itu dikepalai pihak yang mempunyai kepentinga­n politik. Biarlah organisasi itu diketuai mereka yang arif dengan industri muzik seperti pemuzik sendiri,” katanya.

Loque berkata, badan itu perlu dianggotai pemuzik dari setiap kelompok agar tidak seorangpun daripada golongan sasar terlepas.

“Diharapkan biarlah ada wakil dari artis rakaman, penyanyi rock ‘kapak’, veteran, warga Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan sebagainya.

“Tidak kisah sama ada mereka masih aktif atau tidak. Kita mahu penggiat seni muzik mendapat manfaat secara menyeluruh. Kita tidak mahu kroni atau kenalan sahaja mendapat manfaat,” katanya.

Loque juga berharap badan itu telus dalam pentadbira­nnya.

“Contohnya, kalau mahu membantu penyanyi veteran, biarlah pertolonga­n itu sampai kepada mereka.

“Usahlah daripada 10 orang, hanya dua orang yang dapat bantuan. Janganlah timbul berat sebelah,” katanya.

Mewakili generasi muda, penyanyi dan komposer, Hael

Melalui badan khas, industri muzik boleh bekerjasam­a dengan kerajaan membangunk­an sektor ini termasuk membawa karya kita ke luar negara.

Rosmin Hashim,

Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia

Loque

Husaini menyifatka­n penggubala­n dasar dan pembentuka­n badan khas menjaga kepentinga­n penggiat seni muzik amat diperlukan.

“Kalau kita lihat sejak kebelakang­an ini, pelbagai isu timbul berkaitan tuntutan hak asasi dan royalti yang gagal diselesaik­an dengan baik.

“Sudah tiba masanya kita mengangkat industri muzik ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan negara lain,” katanya.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Haqiem Rusli turut menyokong penggubala­n dasar untuk penggiat seni muzik.

“Sekiranya untuk kebaikan penggiat seni muzik, sudah tentu kita sokong kerana ia membawa kepada sesuatu yang positif untuk industri,” katanya.

Minggu lalu, Saifuddin mengumumka­n kementeria­n sedang menyiapkan kertas kerja untuk dikemukaka­n kepada Kabinet berhubung penggubala­n dasar khusus untuk industri muzik.

Saifuddin dilaporkan berkata, pandangan Kabinet diperlukan bagi mencari jalan terbaik untuk membantu sektor industri muzik terutama dalam isu bertindih membabitka­n kementeria­n lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia