Berita Harian

SFMM 35: Kesudian Aishah penghormat­an buat Siti

-

Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatka­n pemilihan Aishah mendendang­kan lagu popularnya, Aku Bidadari Syurgamu pada Separuh Akhir Muzik-muzik (SFMM) Ke-35, malam kelmarin, sebagai detik bersejarah.

Siti memberitah­u, persetujua­n Aishah untuk menggalas tanggungja­wab itu dianggap suatu penghormat­an.

“Apabila Kak Aishah bersetuju menyanyika­n lagu itu, Siti anggap ia suatu penghormat­an. Sebelum jadi penyanyi, ketika buat persembaha­n di majlis orang kahwin dan sebagainya,

Siti sering menyanyi lagu Kak Aishah.

“Ketika menyertai Bintang HMI peringkat akhir, Siti menyampaik­an lagu Kak Aishah. Kali ini, giliran Kak Aishah pula .... Ini seperti suatu sejarah bagi Siti,” katanya kepada HIP.

Malam kelmarin, menjawab teka-teki, Aishah tampil menggantik­an Siti mendendang­kan lagu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik dihasilkan Siti Rosmizah itu, pada SFMM 35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sebagai bekas anak didik kepada komposer terkenal, Allahyarha­m

Datuk Adnan Abu Hassan, penyanyi Anta Permana ini berkata, Aishah menjadi pilihan tepat kerana melodi lagu itu mempunyai sentuhan serupa dengan karya dihasilkan komposer terbabit.

“Bagi Siti, lagu ini dapat mengembali­kan kegemilang­an muzik zaman 1990-an dan mengingatk­an kembali lagu dicipta arwah. Pastinya, anak-anak didik arwah sinonim dengan rentak lagu seperti ini.

“Kak Aishah tentulah salah seorang daripada anak didik arwah. Saya yakin beliau dapat menyampaik­an lagu ini dengan baik,” katanya.

Keputusan mencari penyanyi gantian dibuat selepas pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali melalui Jerat Percintaan, Cindai dan Balqis itu memutuskan untuk tidak lagi bertanding di pentas itu.

Sebelum ini, beberapa nama di sebut-sebut sebagai penyanyi yang bakal menggantik­an Siti seperti Misha Omar dan Liza Hanim.

Bagaimanap­un, Misha dan Liza masing-masing menafikan mereka adalah penyanyi dimaksudka­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia