Berita Harian

Tuck, Cabrera masih relevan?

Faktor usia jadi perdebatan kelayakan diberikan status pemain naturalisa­si

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

“Untuk jangka pendek memang itu menguntung­kan kita. Kita pun sekarang bergelut untuk dapatkan tempat di Piala Dunia, Piala Asia, Piala AFF dan banyak lagi kejohanan akan datang.

“Kalau nak kira usia mereka, kita kena ikut kepada kompetitif kejohanan. Jika di Eropah, liga sahaja membabitka­n 40 hingga 50 perlawanan setahun.

“Jadi, pemain mereka akan dipenuhi dengan latihan yang baik dan kalau di Eropah, umur 31 atau 32 tahun itu tengah bagus untuk beraksi.

“Jadi, kalau untuk jangka pendek, kita nampak skuad kebangsaan akan jadi kuat jika ada pemain naturalisa­si yang berpengala­man dan mempunyai kemahiran tinggi.

“Tapi untuk jangka masa panjang juga kita perlu fikirkan di mana pemain muda yang kita hebohkan sebelum ini dengan Johor ada akademi, Selangor ada akademi, kita juga ada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) selain beberapa pemain kita sudah hantar ke luar megara seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid.”

Kuala Lumpur: Adakah faktor usia bakal menjadi penghalang buat beberapa pemain seperti Lee Tuck dan Gonzalo Cabrera diberikan status pemain naturalisa­si buat Harimau Malaya?

Ia selepas Pengerusi Jawatankua­sa Program Naturalisa­si Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaska­n faktor usia menjadi antara kriteria yang diambil kira badan induk itu dalam pengambila­n pemain naturalisa­si. Bagaimanap­un, nama Tuck, 32, dan Cabrera, 31, kini berada dalam pemantauan FAM sebagai calon pemain naturalisa­si selepas mereka bakal memenuhi syarat lima tahun beraksi di Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Jadi, adakah berbaloi FAM mengambil ‘awang import’ yang berusia lebih 30 tahun dengan khidmat

“Memang (Tuck dan Cabrera) masih relevan kerana kalau kita tengok prestasi mereka sentiasa baik walaupun nampak tua.

“Untuk jangka pendek bagi kita layak ke kejohanan tertinggi seperti Piala Asia, kita kena gunakan pemain berkaliber.

“Kalau kita bandingkan dengan pemain tempatan ketika ini, mereka lebih baik.

“Terpulang kepada jurulatih, kalau Tan Cheng Hoe rasa Tuck dan Cabrera layak untuk bermain dengan pasukan kebangsaan, dia ada hak untuk mendapatka­nnya. Ini perancanga­n jangka pendek sementara menunggu pemain muda tempatan layak menyarung jersi kebangsaan.

“Kadang-kadang kadang pemain muda kita berbakat, tapi dia tak cukup aksi kompetitif.

“Bila kita sudah ada pengganti pemain naturalisa­si, kita boleh galakkan untuk bakat tempatan terus berkembang dan membantu Harimau Malaya.

“Sama seperti Jepun, mereka nak masuk Piala Dunia buat kali pertama berapa ramai pemain Brazil yang mereka ada.” mereka mungkin tidak boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Malah, usia pemain antara perkara yang menjadi perdebatan hangat ketika FAM sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan selepas majoriti pemain import yang beraksi di Liga Malaysia (Liga M) sudah berusia 30-an.

BH Sukan mendapatka­n jurulatih dan bekas pemain kebangsaan bagi mengulas lanjut adakah masih relevan pemain berusia seperti Tuck dan Cabrera diberikan status naturalisa­si.

“Bagi pasukan kebangsaan saya tak tahu (usia seperti Tuck dan Cabrera) masih relevan atau tidak. Tapi kalau umur 32 atau 33 tahun boleh main lagi, kecuali kalau sudah 36 atau 37 tahun.

“Tapi kena tengok juga dari segi kekuatan fizikal dan sebagainya. Untuk jangka pendek boleh, tapi bagi jangka panjang mungkin tak berbaloi sangat.

“Kita nak main di peringkat antarabang­sa, kalau beraksi 40 minit sudah penat, bagaimana nak main sepenuh masa. Bila badan kita penat atas sebab sudah tua, dengan sendiri otak kita akan ikut badan dan tidak boleh dikawal dengan baik.

“Cuaca di negara kita yang panas juga mainkan peranan pemain berusia boleh bertahan lama atau tidak, bukan macam di negara Eropah.

“Kita kena buat perbanding­an dengan pemain tempatan, jangan kata kerana dia ‘mat salleh’ atau berdarah campuran kita terus ambil.

“Jadi jurulatih perlu buat penilaian secara mendalam supaya pemain naturalisa­si ini memiliki kemampuan yang jauh lebih baik dari pemain tempatan.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia