Berita Harian

Tindakan FELDA United cetus ‘kesan domino’

Pemain, jurulatih The Fighters bergelut cari pasukan baharu

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Ikuti apa kata pemain pada siri kedua esok.

Kuala Lumpur: Keputusan FELDA United menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan sememangny­a satu kejutan dan sudah pasti memberikan ‘kesan domino’ kepada semua pihak yang terbabit dengan pasukan itu.

Penarikan diri FELDA United bukan setakat bermakna Liga M ‘hilang’ satu pasukan tetapi kesannya terpalit kepada pemain dan jurulatih pasukan itu yang merangkumi pemain skuad utama, Piala Presiden dan juga Piala Belia.

Timbul persoalan ke mana hala tuju semua pemain itu selepas pengurusan tertinggi membuat keputusan supaya skuad ‘The Fighters’ tidak lagi bertanding sekali gus boleh dianggap menutup ‘periuk’ nasi pemain dan barisan kejurulati­han?

Mengulas mengenai situasi terbabit, bekas kakitangan pengurusan FELDA United, Mohammad Faizal Taha mengakui kebanyakan pemain masih bergelut untuk mencari pasukan baharu, apatah lagi dalam situasi ekonomi semasa menyaksika­n banyak pasukan terpaksa mengawal perbelanja­an musim depan.

Malah, apa yang lebih membimbang­kan Faizal yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Execmerc Sports Sdn Bhd adalah mengenai hala tuju dan nasib bagi kira-kira 50 pemain Piala Presiden dan Piala Belia yang ketika ini masa depan mereka masih samarsamar susulan pasukan utama tidak lagi bertanding.

“Sebahagian besar pemain difahamkan masih tiada pasukan untuk musim depan dan kemungkina­n perlu mencari kerjaya lain ataupun bersara kerana penutupan pasukan dimaklumka­n agak lewat iaitu sekitar Oktober.

“Untuk pasukan pembanguna­n yang terdiri daripada warga FELDA, mereka pun turut terkena tempias dan lebih sukar untuk mereka mencari pasukan bagi musim hadapan.

“Kita sedia maklum yang had umur bagi saingan Piala Presiden pada 2021 akan dinaikkan daripada bawah 21 tahun (B-21) kepada B-22. Secara logiknya, semua pasukan akan mengekalka­n pemain sedia ada untuk mengharung­i musim 2021.

“Selama ini pun, merit kelayakan ke pasukan senior dilonggark­an atas kapasiti lepasan akademi FELDA itu sendiri. Tetapi dengan tiadanya pasukan utama, Piala Presiden dan Piala Belia, bakat mereka tidak lagi dapat diteruskan.

“Pasukan akademi pun mungkin mengalami masalah di mana pasukan tidak dapat menyertai Piala Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) kerana tiada penyertaan pasukan senior dalam liga utama negara. Jadi ke manakah hala tuju pemain yang dilatih?,” soalnya.

Mohammad Faizal Taha, Bekas kakitangan pengurusan FELDA United

 ??  ?? Masa depan skuad Belia FELDA United jadi tanda tanya selepas pasukan berkenaan menarik diri daripada Liga Malaysia.
Masa depan skuad Belia FELDA United jadi tanda tanya selepas pasukan berkenaan menarik diri daripada Liga Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia