Berita Harian

Cheng Hoe hadapi masalah kumpul pemain

-

Kuala Lumpur: Belum pun saingan Piala Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) membuka tirainya April depan, pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sudah pun berdepan cabaran dalam usaha mengumpulk­an pemain terbaik bagi mengharung­i temasya dwitahunan itu.

Ini kerana berdasarka­n semakan pada kalendar bola sepak musim depan, April dan Mei bakal menjadi bulan paling sibuk memandangk­an semua pertanding­an sedang berjalan ketika saingan Piala AFF dijadual berlangsun­g.

Bukan setakat saingan Liga Super dan Liga Perdana tidak ‘berehat’, malah Piala AFF juga turut bertembung dengan dua perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-juara Asia (ACL) dan Piala AFC.

Justeru, timbul persoalan sekiranya pasukan ‘rela hati’ untuk melepaskan pemain yang dipanggil menyertai pasukan kebangsaan ketika mereka bakal berdepan jadual padat untuk aksi domestik dan peringkat Asia.

Apatah lagi, bagi pasukan yang beraksi di ACL dan Piala AFC, mereka sudah pasti mahu menurunkan pemain terbaik mereka dalam setiap perlawanan diharungi dan memburu slot ke peringkat seterusnya.

Cheng Hoe mengakui hakikat itu di mana dia pasti berdepan kesukaran untuk mendapatka­n pemain terbaik bagi menjalani persiapan sebelum mengharung­i kejohanan terbabit.

“Kita tahu jadual begitu padat ketika Piala AFF tetapi kita pun pasti mahu menghantar skuad terbaik pada Piala AFF demi menjaga imej negara. Kita mara ke final pada edisi 2018 dan sudah tentu kita mahu meraih keputusan yang positif untuk edisi kali ini.

“Kita pun memahami pasukan Liga M pun mahu memberikan yang terbaik dalam saingan domestik, ACL dan juga Piala AFC.

“Apapun, kita belum lagi membincang­kan mengenai perkara ini dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana pada saya, masih terlalu awal. Jadi kita tunggu dan lihat,” katanya.

Tan Cheng Hoe

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia