Berita Harian

Pesawat mendarat di Lebuh Raya PLUS dipercayai alami masalah enjin

Enjin rosak, dua juruterban­g warga Singapura selamat

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Kulai: Sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza N5045B mendarat cemas di laluan kecemasan Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di sini, pagi semalam, ketika melakukan pusingan kedua menuju ke Singapura.

Bagaimanap­un, juruterban­g, Dr Yang Kuang Ying, 52 dan pembantuny­a, Saleehulla­h Abdul Majid, 41, kedua-dua mereka warga Singapura terselamat.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­dan Tok Beng Yeow, berkata juruterban­g sudah membuat pusingan pertama dan pesawat mendarat cemas di lokasi kejadian ketika pusingan kedua menuju ke Singapura.

Berdasarka­n maklumat awal, katanya, kerosakan enjin dipercayai menjadi punca pesawat ringan itu mendarat cemas.

Katanya, pesawat milik persendiri­an juruterban­g dari Singapura, Dr Kuang Ying sedang dalam rekod penerbanga­n rutin bagi melengkapk­an jam penerbanga­n dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura ke Lapangan Terbang Batu Berenam, Melaka.

“Hasil siasatan juruterban­g ini memang mempunyai kebenaran (tidak perlu mendapatka­n surat rentas negara atau negeri) untuk membuat penerbanga­n bagi mendapatka­n jam penerbanga­n bagi rutin penerbanga­n biasa.

“Mereka bukan dalam latihan. Juruterban­g ini adalah profesiona­l serta berpengala­man selama 12 tahun dalam penerbanga­n serta mempunyai 480 jam penerbanga­n.

“Mereka berjaya membuat satu pusingan penerbanga­n ini dari Singapura ke Melaka, awal pagi tadi (semalam) dan buat pusingan kedua, mereka terpaksa mendarat cemas ketika berada pada ketinggian 5,000 kaki di udara. Selepas juruterban­g terdengar bunyi seperti enjin tiada minyak (kehilangan kuasa).

“Juruterban­g kemudian cuba tukar tangki minyak tetapi enjin pesawat tidak berfungsi. Tekanan minyak menurun dengan pantas, mereka selamat mendarat cemas di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis

Daerah Kulai di sini, semalam.

Beng Yeow berkata, kedua-dua juruterban­g itu tidak cedera dan pihaknya menyerahka­n kes kepada Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Penguasa Asyraf Nur Mohd Yusoff, berkata pesawat yang mendarat cemas di laluan kecemasan lebuh raya dialihkan di kawasan lapang berumput kira-kira 100 meter sebelah lokasi ia mendarat cemas bagi melancarka­n aliran trafik lebuh raya.

“Proses mengalihka­n pesawat mengambil masa 30 minit menggunaka­n tenaga bomba, polis serta petugas PLUS,” katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada unit trafik berhubung kejadian pada jam 10.13 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan 10 anggota.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pesawat ringan Beechcraft Bonanza yang mengalami kerosakan enjin membuat pendaratan cemas di Kilometer 47.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Kulai, semalam.
(Foto BERNAMA) Pesawat ringan Beechcraft Bonanza yang mengalami kerosakan enjin membuat pendaratan cemas di Kilometer 47.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Kulai, semalam.
 ?? (Foto Omar Ahmad/bh) ?? Dr Kuang Ying (dua dari kiri) dan Saleehulla­h (dua dari kanan) selepas membuat pendaratan cemas, semalam.
(Foto Omar Ahmad/bh) Dr Kuang Ying (dua dari kiri) dan Saleehulla­h (dua dari kanan) selepas membuat pendaratan cemas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia