Berita Harian

MKN bincang isu gelandanga­n rakyat Malaysia di Singapura

Maklum balas akan dikeluarka­n selepas mesyuarat khas hari ini

- Oleh Mohamed Farid Noh dan Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Isu ratusan rakyat Malaysia bekerja di Singapura hidup sebagai gelandanga­n di negara itu selepas pintu sempadan ditutup bagi mengelak penularan COVID-19, dijangka dibincangk­an dalam mesyuarat khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN), hari ini.

Difahamkan, penjelasan atau maklum balas berhubung isu itu seperti yang didedahkan dalam laporan BH semalam, dijangka dikeluarka­n oleh menteri atau pihak berkuasa berkaitan selepas mesyuarat khas berkenaan.

Sumber memaklumka­n, MKN antara lain akan mendapatka­n maklumat terperinci serta segala input yang perlu mengenai isu berkenaan daripada pihak berkaitan untuk dibincangk­an.

“MKN sudah mengambil maklum laporan (BH) dan kenyataan mengenai isu ini dijangka dikeluarka­n esok (hari ini) selepas segala input berkaitan diperoleh,” katanya kepada BH semalam.

Semalam, BH melaporkan ratusan pekerja Malaysia yang masih bekerja di Singapura, terpaksa hidup sebagai gelandanga­n di negara orang, tidur di tepi jalan, menumpang mandi di tandas awam dan adakalanya berlapar kerana berjimat membeli makanan.

Nasib mereka berubah angkara COVID-19 yang menyaksika­n pintu sempadan ditutup bagi mengelak penularan, sekali gus menghalang mereka berulang alik dari Johor seperti biasa dan lebih menjimatka­n.

Disebabkan kos sara hidup tinggi di negara jiran itu, mereka terpaksa berkorban bagi menanggung keluarga di sini kerana ada juga yang dipotong gaji bulanan oleh majikan akibat pandemik COVID-19.

Kumpulan itu dilaporkan berehat dan tidur di bangku yang ada di taman awam sekitar republik berkenaan, menggunaka­n tandas awam atau di medan makan, restoran, surau atau masjid, selain ada juga yang menumpang mandi di tempat kerja.

Difahamkan, ramai tidak mengambil peluang skim Pengaturan Ulang-alik Berkala (PCA) untuk pulang bercuti dan bertemu keluarga di negara ini berikutan pelbagai kekangan, termasuk dari segi kewangan dan peraturan majikan mereka di republik itu.

Mereka juga dikatakan tidak dibenarkan bercuti panjang berikutan bebanan kerja ketika penularan COVID-19, selain perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari sebelum dibenar masuk ke Malaysia dan kemudian kuarantin lagi sebelum dibenarkan kembali ke Singapura.

Nasib kumpulan berkenaan dikongsi Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34, juga rakyat Malaysia yang bekerja di sebuah syarikat minuman di Singapura dan aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan di republik berkenaan.

Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 100 pekerja Malaysia di Singapura kini terpaksa menjadi gelandanga­n kerana tidak mampu menyewa bilik, apatah lagi katil yang memerlukan belanja agak tinggi.

Dengan purata pendapatan bulanan S$800 (RM2,441) hingga S$1,400 (RM4,271), katanya, mereka tidak mampu menyewa katil pada harga S$300 (RM915) hingga S$500 (RM1,525) sebulan, apatah lagi bilik berharga S$700 (RM2,135) hingga S$1,200 (RM3,660).

Kos itu belum dicampur belanja makan yang mencecah S$20 (RM61) sehari dan kos tambang perkhidmat­an MRT, antara S$3 (RM9) hingga S$4 (RM12) bagi satu perjalanan mengikut lokasi.

MKN akan mendapatka­n segala input yang perlu mengenai isu berkenaan daripada pihak berkaitan untuk dibincangk­an. Sumber

 ?? (Foto Zain Ahmed/bh) ?? Sebahagian gelandanga­n yang tidur beralaskan kotak di hadapan Stesen Kereta api Lama Johor Bahru.
(Foto Zain Ahmed/bh) Sebahagian gelandanga­n yang tidur beralaskan kotak di hadapan Stesen Kereta api Lama Johor Bahru.
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad semalam.
Keratan akhbar BH Ahad semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia