Berita Harian

Amaran cuaca buruk peringkat jingga di Perlis, Kedah, Perak hari ini

Lebih banyak kawasan dikhuatiri berisiko ditenggela­mi air

- Oleh Suzalina Halid, Hassan Omar, Balqis Jazimah Zahari, Amir Mamat dan Nurul Amanina Suhaini bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Cuaca buruk tahap kuning dan jingga berpunca hujan lebat di kebanyakan negeri pantai barat dan timur Semenanjun­g, dijangka berterusan hingga hari ini.

Dalam tempoh sama, angin kencang barat laut dan timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai 3.5 meter, dijangka membadai perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Kejadian itu dijangka boleh mencetuska­n risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai sekitar kawasan terbabit.

Dalam kenyataann­ya, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET Malaysia) mengeluark­an amaran cuaca buruk tahap jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa daerah di Kedah dan Perak serta seluruh Perlis hari ini.

Daerah terbabit dengan amaran tahap jingga itu ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim

Amaran tahap kuning juga dikeluarka­n di beberapa daerah di Kedah, Perak, Johor, Kelantan dan Terengganu. Jailan Simon, Ketua Pengarah Metmalaysi­a

dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak di Perak.

Ketua Pengarah Metmalaysi­a, Jailan Simon, berkata amaran waspada tahap kuning susulan hujan lebat dijangka berlaku hari ini di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

Katanya, amaran tahap kuning juga dikeluarka­n di beberapa daerah di Kedah, Perak, Johor, Kelantan dan Terengganu.

“Keadaan hujan berterusan sedang berlaku di negeri pantai barat Semenanjun­g. Sehubungan itu, amaran cuaca waspada atau kuning yang dikeluarka­n pada Sabtu dikemaskin­i dan dinaik taraf untuk beberapa daerah di Kedah dan Perak, selain seluruh Perlis.

“Selain itu, pertambaha­n kawasan amaran cuaca waspada atau kuning berkuat kuasa sehingga esok (hari ini) dikeluarka­n untuk kawasan Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor,” katanya.

Keseluruha­n daerah berada dalam amaran waspada tahap kuning ialah Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.

Di Perak, membabitka­n Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

Johor pula membabitka­n Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Antara jajahan Kelantan terbabit amaran ini ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu membabitka­n Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara itu, banjir akibat hujan lebat yang melanda beberapa negeri sejak Jumaat lalu, menyebabka­n mangsa mengalami kerugian besar, akibat kemusnahan harta benda yang tidak dapat diselamatk­an.

Selain penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), banyak kawasan pertanian diusahakan mereka tenggelam dan kini digenangi air yang sukar surut, walaupun cuaca di sesetengah lokasi terjejas cerah semalam.

Premis awam seperti sekolah di kawasan terjejas banjir, turut mengalami kerosakan harta benda yang tidak sempat dialihkan kakitangan­nya.

Meskipun di sesetengah lokasi terjejas banjir, penduduk mulai dibenarkan pulang kerana air sudah surut dengan beberapa PPS sudah ditutup.

Namun, keadaan cuaca yang masih tidak menentu dengan ramalan hujan lebat dijangka melanda hampir semua negeri seluruh Semenanjun­g dalam tempoh terdekat ini, meletakkan kawasan rendah berisiko dilanda banjir.

Di Perak, jurucakap Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berkata, banjir kilat melanda empat daerah bertambah baik dengan jumlah mangsa berkuranga­n daripada 736 pada jam 6 pagi kepada 194 orang setakat petang semalam.

“Empat PPS ditutup membabit

kan tiga di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) iaitu Masjid Toh Paduka, Ijok; Dewan Semai Bakti, Felda Ijok dan dewan orang ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau, membolehka­n 522 mangsa pulang ke rumah masing-masing.

“Sebuah lagi PPS ditutup di Hilir Perak, iaitu Dewan Majlis Perbandara­n Teluk Intan dengan 15 mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Berikutan itu, kini hanya ada dua PPS masih beroperasi, iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di Bagan Serai, daerah Kerian yang menempatka­n 152 penduduk tujuh kampung.

Sebuah lagi PPS masih dibuka ialah Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang dalam daerah LMS menempatka­n 42 mangsa banjir.

Banjir yang melanda Perak menyebabka­n 1,000 hektar sawah dalam satu kompartmen di Semanggol ditenggela­mi banjir, mengakibat­kan anak padi baru ditabur, mengalami kerosakan.

Susulan itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak, Datuk Sham Mat Sahat, meminta semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) negeri itu membuat bancian keluasan sawah padi di kawasan masing-masing yang rosak akibat banjir kilat susulan hujan lebat sejak minggu lalu.

“Petani yang sawah mereka rosak ditenggela­mi banjir boleh mengemukak­an laporan kepada Jabatan Pertanian dan PPK, bagi membolehka­n bantuan bencana disalurkan kepada mereka.

“Apabila mendapat laporan berkenaan, PPN juga akan mengemukak­an permohonan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi mendapatka­n bantuan benih untuk disalurkan kepada pesawah terjejas,” katanya.

Di Melaka, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengingatk­an semua mangsa banjir yang berpindah ke PPS, agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19.

Ini termasuk sentiasa memakai pelitup muka sepanjang berada di PPS, selain hanya makan makanan berbungkus disahkan selamat Bahagian Kualiti dan Keselamata­n Makanan, Jabatan Kesihatan Melaka yang diagihkan kepada mereka.

Setakat jam 6 petang semalam, mangsa banjir di Melaka, meningkat kepada 488 orang membabitka­n enam PPS seluruh negeri.

Penduduk Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Md Som Dol, 63, berkata rumahnya dan beberapa penduduk lain masih digenangi banjir, ketika kebanyakan rumah sudah surut sepenuhnya di situ, pagi semalam.

Katanya, Kampung Belimbing Dalam adalah di antara penempatan sering dilanda banjir, senasib Kampung Pulau dan Panchor, yang terletak berhampira­n.

Katanya, tiga kampung itu terletak di kawasan rendah yang mudah mengalami banjir akibat limpahan air sungai berhampira­n setiap kali hujan lebat berterusan selama beberapa hari.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Durian Tunggal, S Chandru, berkata banjir menyebabka­n sekolah itu kemusnahan pelbagai peralatan sekolah bernilai lebih RM200,000 selepas ditenggela­mi air sedalam satu meter.

Selain kerusi dan meja murid, turut musnah ialah perabot, peralatan sukan dan komputer berikutan limpahan air anak sungai berdekatan pada malam Khamis lalu hanya surut pada lewat petang kelmarin.

Di Johor, seramai 155 mangsa membabitka­n 40 keluarga berpindah malam kelmarin, dibenarkan pulang semalam, namun sembilan mangsa daripada dua keluarga baharu dipindahka­n ke Pusat Komuniti Kampung Pasir, susulan hujan lebat jam 3 petang semalam.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto Nazri Abu Bakar/bh) ?? Sebahagian mangsa yang banjir dipindahka­n di PPS Ayer Molek, semalam.
(Foto Nazri Abu Bakar/bh) Sebahagian mangsa yang banjir dipindahka­n di PPS Ayer Molek, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Antara mangsa banjir di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai.
Antara mangsa banjir di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai.
 ?? (Foto Muhd Asyraf Awal/bh) ?? Zaiton Tukimon mengangkat barang selepas rumahnya dinaiki air di Kampung Parit Mahang Jeram, Kuala Selangor, semalam.
(Foto Muhd Asyraf Awal/bh) Zaiton Tukimon mengangkat barang selepas rumahnya dinaiki air di Kampung Parit Mahang Jeram, Kuala Selangor, semalam.
 ?? (Foto ihsan MRT) ?? Pemandanga­n dari udara kawasan dinaiki air di Nibong Tebal, semalam.
(Foto ihsan MRT) Pemandanga­n dari udara kawasan dinaiki air di Nibong Tebal, semalam.
 ?? (Foto ihsan APM Perak) ?? Keadaan banjir di Kampung Parit Mahang Jeram Kuala Selangor, semalam.
Pasukan penyelamat memindahka­n mangsa banjir di kawasan Ijok, semalam.
(Foto ihsan APM Perak) Keadaan banjir di Kampung Parit Mahang Jeram Kuala Selangor, semalam. Pasukan penyelamat memindahka­n mangsa banjir di kawasan Ijok, semalam.
 ?? (Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi/bh) ?? Pesawah menunjukka­n sawah mereka digenangi air di Parit Air Itam, Bagan Serai, semalam.
(Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi/bh) Pesawah menunjukka­n sawah mereka digenangi air di Parit Air Itam, Bagan Serai, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia