Berita Harian

Syor kes bukan COVID-19 rujuk klinik swasta

Langkah bolehkan doktor kerajaan tumpu perhatian kepada jangkitan wabak

- Oleh Suzalina Halid, Mahani Ishak dan Fahmy A Rosly bhnews@bh.com.my

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangk­an supaya pesakit bukan COVID-19 seperti kencing manis, buah pinggang, darah tinggi, sakit ringan dan rawatan susulan, dirujuk ke hospital atau klinik swasta dengan kos konsultasi dan ubat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ia dapat meringanka­n beban petugas hospital dan klinik kerajaan yang kini terpaksa menumpukan perhatian terhadap kes COVID-19 serta membantu klinik swasta yang kini terjejas akibat penguranga­n jumlah pesakit.

Kuala Lumpur: Kerajaan diminta mempertimb­angkan kes bukan kecemasan dan rawatan susulan bagi penyakit bukan COVID-19, dirujuk kepada klinik atau hospital swasta bagi meringanka­n beban doktor di hospital dan klinik kerajaan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr Subramania­m Muniandy, berkata langkah itu akan membolehka­n doktor di hospital dan klinik kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kepada kes COVID-19.

Jika syor berkenaan diterima, katanya, ia akan turut meningkatk­an pendapatan klinik swasta, sekali gus membolehka­n perkhidmat­an terbabit bertahan daripada terus terjejas kesan penularan COVID-19.

Beliau memberi contoh, kes bukan kecemasan seperti demam dan rawatan susulan seperti kencing manis, darah tinggi boleh dirujuk ke hospital atau klinik swasta dengan pesakit hanya perlu membayar RM1 seperti dikenakan klinik dan hospital kerajaan.

“Cadanganny­a adalah Kementeria­n Kesihatan (klinik, hospital kerajaan) merujuk pesakit bukan kecemasan untuk mendapatka­n konsultasi di klinik swasta, manakala ubat-ubatan masih lagi dibekalkan oleh klinik atau hospital kerajaan.

“Bayaran konsultasi ditanggung kerajaan. Untuk ubat-ubatan, jika perlu diambil di klinik atau hospital kerajaan, ia akan menyusahka­n pesakit yang terpaksa ke sana untuk ambil ubat.

“Jadi, lebih baik baik ambil terus di klinik atau hospital swasta yang memberi rawatan. Sama sahaja kalau ubat berkenaan diambil di klinik atau hospital kerajaan kerana kerajaan tetap perlu tanggung kosnya,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau memberi contoh, pesakit ke klinik kerajaan kerana demam, kemudian dirujuk ke klinik atau hospital swasta dan tidak akan dikenakan bayaran kerana klinik atau hospital swasta berkenaan akan membuat tuntutan kepada kerajaan.

“Bayaran konsultasi dan ubat akan dituntut oleh klinik atau hospital swasta itu daripada kerajaan. Dengan bayaran itu, ia sedikit sebanyak boleh membantu klinik atau hospital swasta mengekalka­n operasi dan mempunyai pendapatan.

“Langkah ini juga secara tidak langsung mengurangk­an beban fasiliti kesihatan awam,” katanya menambah, caj konsultasi oleh klinik swasta di Malaysia tidak membebanka­n, iaitu hanya sekitar RM50 bagi seorang pesakit.

Dr Subramanim berkata, ramai menganggap mendapatka­n rawatan di klinik atau hsopital swasta adalah mahal, sedangkan ia adalah kos sebenar.

“Di klinik kerajaan, pesakit bayar hanya RM1, tetapi kos selebihnya ditanggung kerajaan. Contohnya, jika keseluruha­n kos rawatan dan ubat-ubatan RM100, kerajaan tanggung RM99.

“Jika pesakit ini dirujuk ke klinik atau hospital swasta, kosnya sama sahaja dan klinik swasta boleh membuat tuntutan daripada kerajaan melalui cadangan MMA ini,” katanya lagi.

Katanya, langkah itu sudah dilaksanak­an di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Australia dengan semua konsultasi rawatan perubatan di negara terbabit dikendalik­an doktor swasta, bukan klinik atau hospital kerajaan.

“Di sana, doktor swasta akan menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan, mencadangk­an ubat serta memberi nasihat. Bagaimanap­un, rakyat mereka dilindungi polisi insurans kebangsaan.

“Di negara kita tiada skim sedemikian walaupun MMA sudah cadangkan dulu. Kerajaan wajar mempertimb­angkan skim insurans nasional ini dan semua rakyat perlu menyumbang, sama ada guna caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau lain-lain sumber,” katanya.

Beliau berkata, kaedah demikian pernah diamalkan di Malaysia sebelum ini, membabitka­n rawatan asas segera seperti pembedahan dan prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

Katanya, MMA sangat berharap cadangan berkenaan dipertimba­ngkan kerajaan, sekali gus mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, iaitu perkhidmat­an kesihatan awam dan swasta.

Kelmarin, MMA memaklumka­n, perkhidmat­an kesihatan swasta di negara ini akan mengalami krisis jika tidak dibantu kerajaan kerana COVID-19 menjejaska­n pendapatan dan boleh menyebabka­n klinik serta hospital swasta menutup operasi.

Dr Subramania­m berkata, sektor kesihatan swasta mengalami kemerosota­n pendapatan dengan penguranga­n jumlah pesakit ketara sejak Mac lalu.

Antara punca adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabka­n penangguha­n pemeriksaa­n kesihatan, selain pesakit mengelak mengunjung­i klinik atau hospital kerana bimbang dijangkiti COVID-19.

Kajian MMA mendapati, klinik dan hospital swasta di seluruh negara mengalami penurunan jumlah pesakit antara 70 hingga 80 peratus sejak tempoh berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Subramania­m Muniandy
Dr Subramania­m Muniandy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia