Berita Harian

PERIKSA EKZOS TIGA BULAN SEKALI

EKZOS memainkan peranan penting bagi mengeluark­an hasil pembakaran dalam enjin bagi menghasilk­an daya tolakan selain sisa pembakaran petrol dan udara.

-

Segelintir pemilik kenderaan menjadikan ekzos itu sebagai bahagian untuk mencantikk­an kenderaan sama ada dengan memasang kebuk peredam bunyi dan muncung ekzos pelbagai saiz serta warna.

Kedua-dua komponen itu juga bakal menentukan keadaan bunyi yang dikeluarka­n ekzos sama kuat atau sebaliknya.

Ada pelbagai jenis ekzos yang berfungsi mengeluark­an pelbagai nada bunyi selain menjadikan sesebuah kenderaan itu lebih bertenaga serta menambah kuasa pecut, bagaimanap­un ia perlulah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Bagaimanap­un, sebilangan besar pemilik kereta lama kurang memberi perhatian terhadap penjagaan sistem ekzos dan hanya mengambil perhatian jika bocor atau rosak.

Ekzos yang bocor bukan saja mengurangk­an kuasa pecut malah akan menambahka­n penggunaan bahan api.

Pemeriksaa­n ekzos perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan boleh melakukann­ya sendiri bagi mengesan kebocoran dengan mendengar bunyinya.

Jika ada kebocoran, bunyi pada bahagian hujung paip ekzos lebih perlahan kerana sebahagian besar sudah terlepas melalui lubang yang bocor.

Pemeriksaa­n juga boleh dibuat dengan merasa sepanjang saluran ekzos menggunaka­n tangan untuk mengesan angin yang keluar tetapi perlu berhati-hati jangan sampai tersentuh bahagian panas.

Jika kebocoran berlaku di gasket penyambung blok enjin, ia berkenaan perlu ditukar baru dan jika pada bahagian lain, ia sepatutnya dikimpal jika lubangnya kecil.

Bagaimanap­un, jika lubang yang bocor terlalu besar, lebih baik menukar keseluruha­n sistem ekzos jika usianya melebihi tiga tahun untuk mengelak pembaziran bahan api.

Setiap ekzos mempunyai kualiti berbeza dan ia bergantung kepada sama ada untuk memilih yang bermutu tinggi atau berharga murah, tetapi perlu berhati-hati dan perlu mendapatka­n nasihat daripada mekanik.

Selain itu, segelintir pemilik kereta memilih memasang ekstraktor pada paip ekzos dengan tujuan memberi lebih kuasa pecut.

Fungsi ekstraktor ialah membantu mengumpul buangan bakaran dari kebuk pembakaran (combustion chamber) dan menyalurka­nnya keluar secara kemas dan teratur.

Pelbagai jenis ekstraktor boleh didapati di kedai aksesori dengan harga yang tidak begitu mahal jika dibandingk­an dengan kebaikanny­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia