Berita Harian

‘Joe Kedah’ dan 9 ahli sindiket pelaburan forex, tipu mangsa RM21 juta ditahan

-

Kuala Lumpur: Polis menahan 10 individu disyaki terbabit sindiket pelaburan haram, termasuk dalang utama dikenali sebagai ‘Joe Kedah’, Khamis lalu.

Dalam serbuan bermula jam 12.30 tengah malam itu, semua suspek, termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia antara 24 hingga 42 tahun, ditahan di empat lokasi berasingan sekitar ibu kota ini, Shah Alam, Cyberjaya dan Kajang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata operasi dijalankan hasil risikan selepas menerima 72 laporan dibuat mangsa sindiket itu sejak tahun lalu yang membabitka­n kerugian hampir RM21 juta.

“Selepas menerima laporan terbabit, kita membuka 28 kertas siasatan. ‘Joe Kedah’ berusia 42 tahun berjaya dicekup bersama kekasih yang juga warga asing di rumahnya dekat Shah Alam.

“Hasil siasatan turut mendapati lelaki berkenaan hidup mewah dipercayai hasil kegiatan yang didalangin­ya.

“Dalam empat serbuan itu, 10 kereta mewah meliputi Porsche Macan, Ford Mustang dan Audi dengan nilai keseluruha­n RM1.2 juta turut dirampas.

“Polis juga merampas 17 telefon bimbit, tujuh komputer riba, 14 kad mesin juruwang automatik (ATM) serta wang tunai berjumlah RM10,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK, di sini, semalam.

Mengenai modus operandi sindiket itu pula, Zainuddin berkata, semua mangsa berkenaan dikatakan didorong untuk melabur dalam Forex melalui platform Essencefx menggunaka­n aplikasi Metatrade 4, dengan dijanjikan keuntungan antara lima hingga lapan peratus.

“Mangsa sedar ditipu apabila laman web berkenaan tidak boleh diakses lagi,” katanya.

Semua suspek terbabit direman selama lima hari hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Sementara itu, Zainuddin berkata, polis turut membongkar kegiatan sindiket membeli kad ATM dan akaun bank daripada individu tertentu pada harga antara RM500 hingga RM1,500, sebelum menjualnya kepada pihak sindiket lain untuk kegunaan jenayah siber.

Katanya, modus operandi itu terbongkar hasil serbuan dilakukan pasukan JSJK Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sekitar Lembah Klang antara 5 hingga 10 November lalu.

Beliau berkata, 10 individu termasuk tiga wanita berusia antara 20 hingga 32 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Polis juga merampas satu senjata jenis Rifle Airsoft Gun, tiga pistol tiruan, 79 kad ATM, 24 telefon bimbit dan empat komputer riba bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Zainuddin (tengah) pada sidang media di Pejabat JSJK Bukit Aman, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Zainuddin (tengah) pada sidang media di Pejabat JSJK Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia