Berita Harian

Perniagaan dalam talian untungkan peniaga, pembeli

- Dr Nurkhairan­y Amyra Mokhtar, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UITM) Johor

Pada era moden, kesibukan harian menyebabka­n perniagaan dalam talian menjadi tidak asing bagi kita semua. Malah, kemajuan e-perniagaan menjadi suatu mekanisme utama dalam arus perniagaan tanpa sempadan.

Banyak kebaikan boleh didapati melalui pembelian dalam talian seperti menjimatka­n masa dan kos untuk ke kedai. Kini, dengan adanya perniagaan dalam talian, pengguna tidak perlu lagi berkunjung ke kedai yang akan mengambil masa serta perlu menempuhi kesesakan lalu lintas.

Perniagaan dalam talian menawarkan pelbagai produk menarik dari serata dunia. Pelbagai aplikasi seperti Shopee, Lazada, e-bay, Amazon, Sephora dan Zalora. Perincian produk dijual dalam talian disertakan bersama di setiap iklan dipaparkan.

Bagi peniaga, medium dalam talian menjimatka­n kos penyewaan kedai. Stok barangan boleh disimpan di rumah dan diserahkan kepada pelanggan melalui pelbagai perkhidmat­an pos sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Dengan penjimatan ini, produk dijual dapat ditawarkan dengan harga jauh lebih murah berbanding harga di kedai. Ini menguntung­kan kedua-dua pihak baik peniaga mahupun pembeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia