Berita Harian

DBKL lulus permohonan, perbaharui lesen lebih 500 penjaja guna Mykad individu meninggal dunia

Semakan audit dapati individu sudah meninggal antara 1 hingga 10 tahun

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikesan meluluskan pembaharua­n dan permohonan lebih 500 lesen penjaja, yang menggunaka­n kad pengenalan individu sudah meninggal dunia sepanjang tempoh tiga tahun lalu.

Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 mendedahka­n, semakan dalam sistem elesen DBKL dengan rekod Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), mendapati tujuh permohonan baharu dan 568 pembaharua­n lesen penjaja yang menggunaka­n kad pengenalan individu meninggal dunia, diluluskan di antara 2017 hingga 2019.

Selain itu, DBKL juga dikesan meluluskan tiga permohonan baharu dan 180 pembaharua­n lesen penjaja, walaupun nombor kad pengenalan digunakan dalam permohonan itu tidak dapat dikenal pasti kesahihan kerana tiada rekod di JPN.

Sepanjang tahun lalu, laporan audit mengesan 219 daripada 27,274 lesen penjaja aktif DBKL menggunaka­n kad pengenalan individu sudah meninggal dunia, untuk memperbaha­rui kebenaran itu.

“Semakan audit selanjutny­a mendapati penjaja itu (kad pengenalan yang digunakan) sudah meninggal dunia antara satu hingga 10 tahun,” kata laporan audit itu yang dibentangk­an di Parlimen, semalam.

Laporan audit mendapati isu itu berlaku kerana DBKL tidak mewajibkan pelesen hadir sendiri dan mengemukak­an kad pengenalan asal bagi permohonan serta pembaharua­n lesen penjaja.

Selain itu, ia juga berlaku kerana Sistem elesen DBKL tidak berintegra­si dengan sistem JPN untuk proses pengesahan dan semakan kad pengenalan pemohon.

Dalam maklum balas kepada Ketua Audit Negara, DBKL memaklumka­n sudah mengambil tindakan membatalka­n 164 pelesen selepas mendapat teguran Jabatan Audit Negara, manakala pelesen selebihnya dalam proses dibatalkan.

“Berkuat kuasa pada Februari lalu, pelesen diwajibkan hadir untuk urusan pembaharua­n lesen di Kaunter Lesen Berpusat DBKL dan mulai Julai 2020, DBKL menggunaka­n alat pembaca Mykad untuk pengesahan kad pengenalan pelesen,” kata DBKL.

Sementara itu, Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 menyatakan ketidakhad­iran Jabatan Imigresen dalam lebih 60 peratus Operasi Tegas (Ops Tegas) dikesan antara punca utama DBKL tidak dapat menangani isu kebanjiran penjaja warga asing di ibu negara dengan berkesan.

Laporan audit itu menjelaska­n, semua operasi membabitka­n tangkapan warga asing perlu membabitka­n Jabatan Imigresen, bagi memastikan penguatkua­saan dapat dijalankan secara menyeluruh.

Bagaimanap­un, Statistik Tindakan Ops Tegas di antara 2017 hingga 2019, mendapati pembabitan Jabatan Imigresen tidak sepenuhnya dalam semua operasi berkenaan, menyebabka­n tindakan terhadap warga asing tidak dapat diambil.

“Jabatan Imigresen hanya terbabit dalam Ops Tegas untuk 41 siri (33.9 peratus) daripada 121 siri operasi dijalankan, dengan penangkapa­n 673 penjaja warga asing.

“Sepanjang 2019, Jabatan Imigresen tidak membabitka­n diri dalam setiap Ops Tegas yang dilaksanak­an dan tiada tangkapan penjaja warga asing dilakukan,” katanya.

Laporan itu memaklumka­n, pihak audit menyertai Ops Tegas pada 18 April 2019 di Taman Koperasi Polis Fasa 2, yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPN.

Dalam operasi itu, lapan notis kesalahan dikeluarka­n mengikut peruntukan Undang-undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, selain lapan tindakan sita diambil.

“Bagaimanap­un, tangkapan 19 warga asing tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan wakil daripada Jabatan Imigresen, sebaliknya hanya pemeriksaa­n kewarganeg­araan dapat dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, laporan audit itu menegur DBKL kerana tidak menetapkan sebarang norma tempoh masa bagi mengeluark­an surat jemputan operasi kepada agensi penguatkua­saan lain.

Berhubung tindakan sitaan penjaja oleh DBKL, laporan audit memaklumka­n sebanyak 26,290 tindakan diambil di seluruh ibu negara pada 2017 hingga 2019, dengan 17,560 atau 66.7 peratus adalah membabitka­n penjaja warga asing.

Bagaimanap­un, trend sitaan bagi lima lokasi tumpuan penjaja warga asing dan penjaja tanpa lesen iaitu Pasar Harian Selayang, Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Pudu, Jalan Silang dan Jalan Petaling, tidak menunjukka­n perubahan ketara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia