Berita Harian

Wanita muda perlu sedia jadi pemimpin masa depan

-

Putrajaya: Wanita muda harus bersedia dari segi pengetahua­n, kestabilan emosi dan mental untuk menjadi pemimpin masa depan.

Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, berkata kerajaan melaksanak­an pelbagai program dan strategi untuk memperkasa­kan wanita.

Katanya, antara program itu adalah Konvensyen Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Terhadap Wanita (CEDAW) yang ditandatan­gani pada 1995 untuk menentang diskrimina­si ke atas wanita serta Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing, iaitu kerangka antarabang­sa untuk memperkasa­kan golongan wanita serta kanak-kanak perempuan sebagai agenda dalam pembanguna­n negara.

Beliau berkata, komitmen kerajaan itu menyaksika­n penyertaan wanita dalam sektor awam sebanyak 36 peratus, melebihi aras minimum 30 peratus, manakala di sektor swasta juga menggalakk­an tetapi tidak secepat sektor awam.

“Ramai wanita berkelayak­an menjadi pemimpin, tetapi mereka tidak dipilih sebagai pemimpin.

“Jadi, rugi bagi negara kerana kita tidak boleh mencapai 50 peratus kepimpinan wanita dalam organisasi, institusi, atau mana-mana saja sama ada dalam sektor kerajaan, swasta atau badan bukan kerajaan,” katanya dalam ucapan penutup ‘Program Kepimpinan Wanita: Membina Pemimpin Masa Hadapan’ yang diadakan secara dalam talian, semalam.

Sharifah Hapsah berkata, wanita muda khususnya pelajar universiti perlu bersedia menjadi pemimpin yang bukan saja perlu membabitka­n pengetahua­n, tetapi juga kekuatan mental dan emosi kerana ia cabaran perlu digalas seorang pemimpin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia