Berita Harian

‘Berbelanja untuk Malaysia’ pacu pemulihan ekonomi negara

- Penulis adalah Koordinato­r Program (Ijazah Kewangan dan Pelaburan), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UITM) Johor

Belum ada dalam sejarah moden, pandemik seperti COVID-19 yang dalam skala besar mengubah landskap sosioekono­mi dunia.

Pada masa kini, sektor utama negara beroperasi semula dengan 90.1 peratus atau 13.7 juta rakyat kembali bekerja. Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) hingga Oktober 2020 mencatatka­n ekonomi Malaysia mengalami penguncupa­n lebih kecil, iaitu 2.7 peratus berbanding suku ketiga.

Dalam berhadapan cabaran kelembapan pertumbuha­n ekonomi akibat COVID-19, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat berskala pertengaha­n dan multinasio­nal, mengalami kesukaran dari segi kekangan aliran tunai dan kehilangan atau kekurangan pelanggan.

Rantaian bekalan terjejas, terutama sektor industri dan perkhidmat­an yang terpaksa bergantung kepada bahan mentah, komponen dan bekalan import.

Justeru, kerajaan mengkaji dan menilai semula dasar sedia ada untuk mengurangk­an kebergantu­ngan produk import serta mengutamak­an pembinaan keupayaan industri tempatan mengeluark­an produk buatan Malaysia.

Malaysia perlu keupayaan mengeluark­an produk kritikal merangkumi sektor makanan minuman, peranti perubatan, ubat-ubatan, petrokimia dan peralatan perlindung­an peribadi (PPE).

Apabila negara mempunyai keupayaan itu, kita mampu mengurangk­an aliran keluar mata wang Malaysia dan seterusnya meningkatk­an eksport barangan tempatan.

Mengambil kira sejarah kegawatan ekonomi 1998, Malaysia sekali lagi melancarka­n Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), iaitu susulan kempen dilancarka­n pada 1998.

KBBM kali ini bermatlama­tkan merangsang pertumbuha­n ekonomi domestik dengan meningkatk­an pembelian barangan tempatan, membantu pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasaran dengan meningkatk­an permintaan tempatan.

Ia juga untuk mewujud dan meningkatk­an kesedaran masyarakat terhadap kualiti produk dan perkhidmat­an buatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabang­sa.

KBBM 2020 ini dilaksanak­an melalui kerjasama strategik antara Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama-sama sembilan kementeria­n.

KPDNHEP perlu terus bekerjasam­a dengan kementeria­n lain khususnya Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) serta Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjamin kejayaan kempen ini.

Ia juga membabitka­n pihak berkepenti­ngan seperti Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK).

Sesi libat urus dengan penyedia pihak platform dalam talian dan peruncit utama perlu dilaksanak­an bagi membolehka­n kempen ini mendapat capaian menyeluruh dalam masyarakat.

Menurut Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kementeria­nnya menyasarka­n jualan sempena KBBM mencecah RM513 juta bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Melalui aplikasi Shopee dikenali Buy Malaysia dan sebanyak 13,000 produk dan perkhidmat­an tempatan ditawarkan menerusi kempen ini sehingga akhir tahun untuk menyokong barangan buatan Malaysia.

Bagi memastikan impak besar kepada sektor peruncitan tempatan, kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memperuntu­kkan RM20 juta bagi menjayakan kempen ini yang mengutamak­an penggunaan barangan dan perkhidmat­an tempatan.

Ini akan menggalakk­an penandaan barangan buatan tempatan di rangkaian pasar raya dan mewujudkan saluran khusus untuk produk Malaysia di platform e-dagang utama.

Penggunaan platform e-dagang amat berkesan dalam memberi pilihan lebih banyak kepada pengguna dalam membeli produk Malaysia secara maya.

Melalui Pelan Strategik Halatuju e-dagang Kebangsaan, lebih 37 kementeria­n dan agensi mengemblen­g tenaga untuk mengembang­kan aktiviti e-dagang.

Kini, kebanyakan komuniti perniagaan beralih kepada penggunaan teknologi digital lebih meluas. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, 79,274 PKS dilaporkan memanfaatk­an platform e-dagang. Jumlah ini melebihi sasaran kerajaan melatih 50,000 PKS dalam setahun.

Aktiviti e-dagang juga melonjak sebanyak 9.3 peratus berbanding April. Pemasaran produk PKS tempatan, terutama di rangkaian pasar raya dan pasar raya besar mencatatka­n hasil jualan memberangs­angkan, iaitu RM667 juta peningkata­n berbanding tahun sebelumnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarka­n Program Jualan Mega dan KBBM Peringkat Kebangsaan 2020 menyaranka­n rakyat sebagai pengguna agar ‘berbelanja­lah untuk Malaysia’ kerana setiap perbelanja­an akan membantu memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing.

Dengan berbelanja, kesan penggandaa­n dalam ekonomi dapat dipertingk­atkan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahka­n hasil pendapatan rakyat.

Semoga kempen seperti ini menjadi titik permulaan kepada usaha bersama antara kerajaan, industri dengan rakyat dalam memastikan kejayaan memulihkan ekonomi dengan merancakka­n semula ekonomi negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia