Berita Harian

Pulau Pinang enggan bayar Kedah RM50J

Negeri guna hak antarabang­sa berdepan caj air mentah

-

Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang bertegas tidak akan membayar caj air mentah kira-kira RM50 juta setahun seperti dituntut kerajaan Kedah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengesahka­n Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menerima surat daripada syarikat pengusaha air negeri itu (Kedah) baru-baru ini berkaitan tuntutan itu dan sudah memberikan penjelasan berhubung tindakan tidak membayar caj berkenaan.

“Kami berikan jawapan tidak akan membayar caj itu memandangk­an Pulau Pinang menggunaka­n hak antarabang­sa, iaitu guna air dari sungai khususnya di bahagian sempadan Pulau Pinang

sejajar undang-undang dan hak antarabang­sa.

“Kami tidak akan membayar sebab kami mengambil air dari Sungai Muda di bahagian negeri Pulau Pinang sejajar hak antarabang­sa mengenai air dan undang-undang negara,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung beberapa tuntutan, antaranya caj air mentah kira-kira RM50 juta setahun yang tidak pernah menerima sebarang jawapan dan bayaran daripada Pulau Pinang.

Namun, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang menyokong usaha Kedah

membuat tuntutan kepada Persekutua­n bagi tujuan pampasan kerana tidak membenarka­n pembalakan di hutan lokasi tadahan air di negeri itu.

“Kita sokong Kedah menuntut pampasan ini daripada Persekutua­n seandainya Kedah mengambil tindakan mewartakan Hutan Simpan Kekal di Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air.

“Ini bagi memastikan Ulu Muda dapat membekalka­n air kepada tiga negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya sambil menambah isu sedemikian harus ditangani pada peringkat Persekutua­n.

BERNAMA

Kami tidak akan membayar sebab kami mengambil air dari Sungai Muda di bahagian negeri Pulau Pinang.

Chow Kon Yeow,

Ketua Menteri Pulau Pinang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia