Berita Harian

Kalendar sukan 2021 kembali bersinar

-

Kuala Lumpur: Kalendar sukan bagi 2021 mungkin kembali ‘bersinar’ selepas Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) memberi bayangan positif termasuk membabitka­n kehadiran penyokong untuk bola sepak.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan mereka tidak boleh ‘menekan’ butang berhenti untuk aktiviti sukan dan perlu bersedia untuk hidup bersama COVID-19 berpanduka­n kepada norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Kita sudah mengemukak­an gelembung sukan yang baharu dan seperti yang akan diperkenal­kan oleh Majlis Sukan Negara (MKN) nanti, ia akan turut mengambil kira industri sukan.

“Tetapi ia dengan SOP yang tertentu bagi membolehka­n kita membawa semula rasa kebiasaan dan sedikit sebanyak memberi manfaat lebih baik kepada industri sukan yang terkesan ketika ini.

“Ia untuk semua jenis sukan selagi SOP dalam bentuk gelembung sukan dapat dipatuhi. Pada waktu ini, kita sudah kemukakan (gelembung sukan) dan kita akan dapat saksikan aktiviti sukan kembali aktif bagi kalendar 2021.

“Kita masih ada sebulan dan saya pun diberikan petunjuk baik oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob (Menteri Kanan Keselamata­n). Kita akan cuba lihat untuk membuka sektor membabitka­n kegiatan rakyat terutamany­a sukan dan kejohanan seperti bola sepak.

“Saya fikir kita tidak boleh menghentik­an segala-galanya tetapi kita perlu menggunaka­n model gelembung sukan yang baharu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran skuad Persatuan Bolasepak Malaysia (Fam)majlis Sukan Negara (MSN) di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, semalam.

Terdahulu, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi berita gembira di mana peminat bola sepak berkemungk­inan besar akan kembali dibenarkan memasuki stadium untuk saingan musim baharu nanti.

Jelas Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ketika ini satu SOP sedang dirangka, namun jumlah penonton yang dibenarkan adalah berdasarka­n kapasiti stadium dengan hanya 10 peratus penyokong akan dibenarkan masuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia