Berita Harian

Timbalan KP, Setiausaha Bahagian kementeria­n antara 5 ditahan kes rasuah lulus bawa minyak gred berat di perairan Malaysia

Siasatan berkait kelulusan, pengecuali­an kepada syarikat bawa Minyak Gred Berat

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Timbalan ketua pengarah jabatan kerajaan bergelar ‘Datuk’ dan setiausaha bahagian sebuah kementeria­n, adalah antara lima individu direman lima hari bermula semalam, bagi membantu siasatan skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecuali­an khas kepada beberapa syarikat membawa Minyak Gred Berat di perairan negara.

Perintah reman sehingga 15 Disember itu dikeluarka­n oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi semalam.

Minyak gred berat adalah sejenis minyak likat yang tidak mudah mengalir mengikut keadaan takungan biasa dan lazimnya digunakan sebagai bahan api pengangkut­an laut tetapi boleh menyebabka­n pencemaran laut jika tumpah atau berlaku kebocoran.

Sumber berkata, timbalan ketua pengarah itu direman bagi membantu siasatan bersama-sama tiga pengarah syarikat perkapalan termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’ serta setiausaha bahagian sebuah kementeria­n.

Kelima-lima individu berusia antara 35 hingga 54 tahun ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, malam kelmarin.

“Dua pegawai kanan kerajaan itu didapati menyalahgu­nakan kuasa dengan mengeluark­an surat pengecuali­an kepada syarikat tertentu tanpa pengetahua­n dan kelulusan Menteri Pengangkut­an.

“Ketua pengarah jabatan terbabit tidak mengetahui berhubung pengeluara­n surat pengecuali­an itu sedangkan beliau ada mengeluark­an surat arahan larangan penggunaan ‘single hull, double bottom’ dalam mengangkut minyak Gred Berat di Perairan Malaysia.

“Banyak rungutan dan aduan diterima daripada pengusaha kapal lain yang sudah bertukar kepada ‘double Hull, double bottom’.

“Ini selaras dengan piawaian antarabang­sa bagi mengelak kebocoran dan pencemaran laut kesan tumpahan minyak oleh kapal jenis ‘single hull’,” katanya.

Sumber berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

 ??  ??
 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk memohon perintah tahanan reman, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk memohon perintah tahanan reman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia