Berita Harian

Manfaat makanan laut untuk kanak-kanak

Ikan salmon kaya pelbagai khasiat, nutrisi untuk perkembang­an kesihatan

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Makanan laut bukan sahaja hidangan yang lazat malah ia mempunyai banyak khasiat yang tertentu termasuk ia menjadi keperluan kepada tubuh kanakkanak

Berdasarka­n kajian yang dilakukan di Norway, mendapati hanya kira-kira dua daripada 10 kanak-kanak didapati mengambil makanan laut secara mencukupi.

Kajian terbaharu itu turut membabitka­n kebanyakan negara lain, mendapati kanakkanak tidak cukup mengambil ikan mengikut garis panduan diet kebangsaan.

Malah, kajian itu juga mendapati kira-kira 80 peratus kanak-kanak tidak makan dua hingga hidangan makanan laut bagi tempoh seminggu seperti disyorkan garis panduan nutrisi kebangsaan.

Data itu membabitka­n kanakkanak dan remaja berusia antara 8 hingga 19 tahun yang dibuat Ipsos bagi Majlis Makanan Laut Norway.

Perlu sumber nutrisi

Menjelaska­n lebih lanjut, Pengarah Jualan Asia Tenggara, Majlis Makanan Laut Norway, Asbjorn Warvik Rortveit, berkata perkara itu diambil berat ibu bapa dengan mempelbaga­ikan sajian ikan kerana makanan laut itu mempunyai manfaat kepada kesihatan.

“Ada kajian mendapat kanakkanak lebih gemar menikmati ikan berbanding makanan laut lain namun tabiat itu dipupuk kerana lazimnya mereka menyukai apa yang menarik minat, menyelerak­an dan dimasak segar.

“Sebenarnya masalah ini tidak hanya di Norway malah di kebanyakan negara Barat termasuk Asia Tenggara hinggakan kita bimbang kanakkanak tidak memperoleh sumber nutrisi mencukupi,” katanya.

Diibarat seperti bom

Beliau berkata, isu tidak cukup sumber protein itu diibaratka­n seperti bom jangka dalam aspek kesihatan awam dan sepatutnya kanak-kanak mempunyai nutrisi mencukupi selain pada masa masyarakat dunia dididik makan hasil laut yang diternak secara segar dan lestari.

Menurutnya, kajian seumpama itu pernah dilakukan pada 2018 di Amerika Syarikat, mendapati hanya enam peratus kanak-kanak dan remaja berusia dua hingga 19 tahun mengambil sajian ikan dua kali seminggu selain pengambila­n makanan laut lain adalah rendah sejak 2007.

Sementara itu, Cef Sous Curious Kitchen, Cef Jordash Decruz, mengesyork­an ibu untuk mempelbaga­ikan sajian misalnya memasak ikan salmon dan Fjord Trout ke dalam pasta atau mengolah ramuan sosnya sendiri untuk menambat selera si kecil.

“Kreativiti masakan akan menarik minat si kecil untuk menikmatin­ya walaupun pada asasnya mereka tidak menggemari ikan namun kerana hidanganny­a segar, enak mereka akan memakannya.

“Mungkin ketika ini sukar untuk membawa keluarga makan di luar berikutan ramai bimbang penularan COVID-19, tetapi boleh saja sajian sihat boleh dinikmati daripada air tangan ibu. Lebih enak, berkhasiat,” katanya menyajikan resipi enak pada acara makanan tengah hari secara maya baru-baru ini.

Implikasi jangka panjang

Sementara itu, Asbjorn menjelaska­n cabaran kesihatan awam memberikan implikasi jangka panjang hingga membolehka­n kanak-kanak kehilangan nutrien penting menyokong perkembang­an sihat.

“Apa yang dimakan ketika kecil kita menjadi asas bagi diet kita pada masa dewasa.

“Ikan dan makanan bercengker­ang adalah sumber protein rendah lemak, kaya vitamin penting dan mineral termasuk iodin dan Omega-3 yang boleh didapati dalam ikan salmon dan mackerel” katanya.

Katanya, seseorang tidak perlu menjadi tukang masak handal untuk menyediaka­n sajian makanan enak tetapi perlu mengolah resipi secara sihat, ringkas dan segar.

“Ini sudah mencukupi tidak kira sajian ikan segar, produk ikan sejuk beku kerana ikan berkualiti mampu mengekalka­n kesegaran walaupun sudah disimpan lama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia