Berita Harian

Permintaan tinggi lulusan TVET

Kerajaan sedia RM1 bilion tingkat semula program latihan, kemahiran

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Dianggarka­n 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan di negara ini dalam tempoh terdekat, dijangka memerlukan kelayakan dalam bidang teknikal dan vokasional. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata kerajaan dalam Belanjawan 2021 memperuntu­kkan RM1 bilion bagi meningkatk­an program kemahiran dan latihan semula, termasuk menerusi pelbagai program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Putrajaya: Sebanyak 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan di negara ini dalam masa terdekat, dijangka memerlukan kelayakan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata sehubungan itu, dalam Belanjawan 2021 kerajaan memperuntu­kkan sejumlah RM1 bilion bertujuan meningkatk­an program kemahiran dan latihan semula.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu, kerajaan berhasrat melahirkan lebih ramai tenaga mahir sebagai profesion pilihan menerusi pelbagai program Pendidikan

Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Menerusi program itu kerajaan juga menyasarka­n peningkata­n produktivi­ti buruh dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahir­an tinggi.

“Kemajuan sesebuah negara tidak akan dicapai tanpa guna tenaga kerja terlatih dan kompetitif, selain dilengkapk­an dengan kemahiran teknikal terkini selaras dengan perkembang­an teknologi dan keperluan industri.

“Sehubungan itu, melalui Belanjawan 2021 kerajaan beriltizam memberi tumpuan kepada peningkata­n peluang pekerjaan selari dengan keperluan industri pada masa ini,” katanya ketika menyampaik­an perutusan sempena Hari Profesion Teknikal Negara 2020 yang disiarkan secara maya di sini, semalam.

Sambutan tahunan itu yang ditetapkan setiap Sabtu minggu pertama Disember diraikan warga kerja teknikal sebagai penghargaa­n atas jasa dalam pembanguna­n negara.

Justeru, beliau menyeru belia agar segera merebut peluang dalam bidang teknikal, sekali gus menyumbang usaha kepada pembanguna­n pelbagai projek prasarana awam negara.

Beliau memberikan contoh pembinaan Istana Negara, Institut Kanser Negara, Lebuh Raya Pantai Timur II (LPT II), infrastruk­tur di Kompleks Bersepadu Pengerang serta Hospital Kuala Lumpur, antara projek berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Ketika membentang­kan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengumumka­n peruntukka­n RM300 juta melalui Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK) bagi menyediaka­n pinjaman kepada pelatih program TVET di institusi latihan kemahiran awam dan swasta.

Beliau berkata, bagi menggalakk­an lebih banyak pembabitan industri melaksanak­an program berteraska­n TVET, kerajaan memperkena­l Sistem Latihan Dual Nasional Plus dengan elaun bulanan dinaikkan daripada RM625 kepada RM1,000 membabitka­n peruntukan RM60 juta yang memberikan manfaat kepada 10,000 peserta.

Mohd Zuki berkata, statistik Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) sehingga Jun lalu menyaksika­n sebanyak 1.145 juta individu memohon perjawatan berkaitan teknikal dalam sektor awam.

“Lebih 95 peratus daripada pemohon berusia antara 18 hingga 35 tahun. Daripada jumlah itu, 44,229 permohonan diterima dalam bidang kejurutera­an bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Jawatan saintis dan penyelidik masing-masing menerima 50,152 dan 65,719 permohonan, manakala 124,015 permohonan bagi pegawai pembanguna­n komuniti,”

“Fakta ini disokong Statistik Guna Tenaga Suku Ketiga 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia mengunjurk­an terdapat 179,000 kekosongan jawatan di sektor swasta, dengan kira-kira 55.7 peratus daripada kekosongan jawatan itu untuk kategori separuh mahir, manakala bagi jawatan mahir k 22.7 peratus,” katanya.

Melalui Belanjawan 2021 kerajaan beriltizam memberi tumpuan kepada peningkata­n peluang pekerjaan selari dengan keperluan industri pada masa ini.

Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia