Berita Harian

Pemandu lori tangki di bawah pengaruh dadah didakwa sebabkan kematian 2 kakitangan Jabatan Kesihatan Pahang

-

Rompin: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabka­n kematian dua kakitangan Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP), Isnin lalu.

P Kaingeyen, 34, yang beralamat di Kuantan, kira-kira 115 kilometer (km) dari sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.

Tertuduh didakwa memandu di bawah pengaruh dadah menyebabka­n dia tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga mengakibat­kan kematian pemandu JKNP, Mohd Zuhairi Abdullah, 35, dan jururawat, Julayha Kudus, 39, pada 10 pagi, 7 Disember lalu di KM 32, Jalan Pekan-rompin, Pekan dekat sini.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalik­an di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM100,000 jika sabit kesalahan.

Kaingeyen juga didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabka­n kecederaan terhadap Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, dan seorang pemandu Myvi, Azlida Mohamad Ramli, 41, pada masa dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 44(1A)(a) akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjarak­an sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000.

Dalam prosiding semalam, peguam Ahmad Denie Roslan merayu mahkamah membenarka­n jaminan walaupun Timbalan Pendakwa Raya Nurhalimat­on Saadiah Abdullah tidak menawarkan jaminan kepada anak guamnya yang baru sebulan bekerja dengan syarikat pengangkut­an berkenaan.

“Gaji tertuduh hanya sekitar RM1,500 dan isterinya mengandung lapan bulan, selain turut mempunyai tiga anak yang masih

P Kaingeyen ketika

kecil. Saya difahamkan keluarga tertuduh berhasrat meminjam wang daripada majikan tertuduh bagi menjelaska­n jaminan,” katanya.

Azizah membenarka­n jaminan RM11,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan menyerahka­n pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 15 Februari

2021 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kemalangan Isnin lalu, pacuan empat roda Toyota Hilux milik Kementeria­n Kesihatan (KKM) yang dipandu Mohd Zuhairi bersama dua penumpang, Julayha dan Dr Muhd Ikhwan bertembung dengan lori tangki ketika dalam perjalanan ke perkampung­an Orang Asli Api Larat bagi menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan berkala.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? di Mahkamah Majistret Rompin, semalam.
(Foto BERNAMA) di Mahkamah Majistret Rompin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia