Berita Harian

Bentuk Piagam Persefaham­an Politik

Gagasan baharu babit tiga parti akan lebih diyakini berupaya terus tadbir, majukan negara

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Satu gagasan besar yang baharu antara tiga parti, iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu diwujudkan bagi menjulang wawasan serta aspirasi perjuangan politik negara.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata, justeru satu Piagam Persefaham­an Politik antara tiga gabungan parti besar itu perlu dibentuk.

“Dengan termeterai­nya piagam ini, rakyat akan lebih yakin gagasan itu mempunyai kestabilan politik kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar bagi memajukan ekonomi, membangunk­an negara dan membela rakyat pada masa hadapan.

“Sebagai sebuah gagasan inklusif, semua pemimpin parti bergabung di dalamnya harus diberikan ruang dan peluang sama menyuaraka­n pendapat serta pandangan masing-masing,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, semalam.

Ketika ini, BN memiliki 42 kerusi di Dewan Rakyat dengan pecahan UMNO (38); MCA (dua); MIC (1) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (satu).

PN mempunyai 49 kerusi dengan pecahan BERSATU (31) dan PAS (18), manakala GPS mempunyai 18 kerusi menerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) (13); Parti Rakyat Sarawak (PRS) (dua); Parti Demokratik Progresif (PDP) (dua) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (satu).

Selain itu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (satu) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) (satu) serta satu wakil rakyat bebas mesra PN, Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang bagi menjadikan jumlah keseluruha­n 112. Sebelum ini, BN mempunyai 43 kerusi melalui UMNO, namun kerusi Parlimen Gerik, di Perak dikosongka­n apabila penyandang­nya, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 November lalu.

Pada peringkat negeri, pembangkan­g kini mentadbir di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Rabu lalu, BERSATU, PAS dan BN mencapai kata sepakat mengenai kemelut politik di Perak yang menyaksika­n pelantikan Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak baharu selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan susulan kegagalan mendapat sokongan undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN), Perak.

Kesepakata­n itu juga bersetuju pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam kerajaan negeri atas persetujua­n bersama, selain ketiga-tiga parti bersepakat memperkuku­hkan lagi kerjasama antara parti dalam kerajaan PN di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahter­aan rakyat.

Hamzah berkata, penubuhan gagasan baharu itu untuk memastikan kelangsung­an permuafaka­tan dalam kerajaan PN.

Katanya, persefaham­an politik ini harus dikekalkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) supaya PN bukan hanya dapat terus memerintah sebagai kerajaan Persekutua­n, bahkan berjaya mengambil alih kerajaan negeri yang masih lagi diperintah pembangkan­g.

Beliau menjelaska­n dengan mengambil kira kehendak semua parti tidak kira besar atau kecil, tidak kira mewakili mana-mana bangsa, kaum dan agama, gagasan itu nanti mampu melahirkan satu manifesto benar-benar memenuhi keperluan seluruh lapisan rakyat Malaysia.

“Saya yakin sekiranya semua pemimpin benar-benar ikhlas untuk menentukan masa hadapan negara lebih baik, Insya-allah tanah air ini akan menjadi negara kebanggaan rakyatnya dan disegani dunia,” katanya.

Hamzah berkata, ketika pembentuka­n kerajaan PN pada peringkat Persekutua­n, kedudukan kerajaan negeri juga diambil kira bagi memastikan wujud kesinambun­gan antara kepimpinan kedua-dua kerajaan.

Bagi tujuan itu, kerjasama politik tidak dijalinkan atas dasar parti yang mempunyai bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbesar semata-mata, sebaliknya atas dasar tolak ansur dan persetujua­n bersama antara semua parti.

“Dalam hal ini, pembahagia­n jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar perlu diputuskan secara konsensus bagi memelihara kerjasama politik kukuh dan utuh.

“Ia juga dipengaruh­i keperluan dan situasi politik semasa di negeri berkenaan.

“Contohnya di Perak, jawatan Menteri Besar dikekalkan menjadi milik BERSATU memandangk­an jawatan itu telah dijawat wakil BERSATU sebelum pembentuka­n kerajaan PN.

Sementara itu, di Johor, kata Hamzah, jawatan Menteri Besar dipersetuj­ui untuk diserahkan kepada UMNO walaupun pada asalnya jawatan itu milik BERSATU.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n negeri diketuai wakil daripada UMNO sebanyak empat negeri termasuk di Melaka, Perlis dan Pahang.

Bagi PAS pula, persetujua­n dicapai untuk wakil PAS mengetuai kerajaan di tiga negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) mewakili GPS dipersetuj­ui untuk kekal menerajui kepemimpin­an Sarawak.

“Alhamdulil­lah, persefaham­an politik ini terbukti dapat mengukuhka­n kedudukan kepimpinan kerajaan PN dan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, PN menguasai semula negeri itu dan dipersetuj­ui wakil BERSATU menjawat jawatan Ketua Menteri,” katanya.

Hamzah berkata, PN lahir ketika negara menghadapi krisis politik dan perkauman yang semakin parah.

“Keperluan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu tercetus akibat dari ketidakpua­san hati rakyat atas beberapa dasar dan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Jangka masa 22 bulan di bawah PH, menyaksika­n kegagalan parti itu menunaikan pelbagai janji manifesto, pertikaian mengenai hak istimewa orang Melayu, pengurusan ekonomi lemah dan pelbagai isu berkaitan kepentinga­n rakyat serta negara.

Ekoran itu, katanya, beberapa perbincang­an awal diadakan dalam kalangan Ahli Parlimen mewakili parti politik berkongsi aspirasi sama untuk merangka strategi menyelamat­kan negara dan mengambil alih kerajaan PH.

Sebagai sebuah gagasan inklusif, semua pemimpin parti bergabung di dalamnya harus diberikan ruang dan peluang sama menyuaraka­n pendapat serta pandangan masing-masing.

Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung BERSATU

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia